7 November 2011

PROGRAM IBADAH KORBAN SKBPT (2011)


Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidiladha masih dirasai seluruh Negara dengan pengisian ibadah korban terutamanya. Mengambil keberkatan serta pada masa meraikan dan menginsafi pengertian sebenar di sebalik ibadah korban, pihak sekolah dengan kerjasa PIBG sekolah menganjurkan Program Ibadah Korban.

Sebanyak 3 ekor lembu korban disembelih dalam majlis yang bermula kira-kira jam 8.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi tadi. Penolong Kanan 1, Encik Suhaidi Adinin mengambil tanggungjawab menyelaras program ini dan seterusnya diikuti dengan aktiviti gotong-royong melapah dan memotong daging bersama masyarakat kampung.




























































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...