29 April 2012

PELAKSANAAN UJIAN SARINGAN KHAS LINUS KOHORT 1

Guru Besar & PK.1
KP. BM & KP. Matematik
Sebelum pelaksanaan Ujian Saringan Khas LINUS Kohort 1 Tahun 3, guru Penyelaras LINUS  memberi taklimat kepada pihak pentabir dan Jawatan kuasa LINUS keadah pelaksanaan ujian Saringan tersebut.


Pada 05 / 04 / 2012 , ujian Saringan Khas LINUS Tahun 3 diadakan bermula jam 08.00 pagi hingga 08.30 untuk ujian Saringan Khas Literasi dan pada 09.30 hingga 10.00 pagi Ujian Saringan Khas Numerasi telah dilaksanakan dengan jayanya.Guru LINUS yang mengawas ujian berkenaan telah mengambil bahagian berpandukan jadual waktu yang telah disediakan.



Sebelum instrumen diedarkan kepada semua murid, guru LINUS dan Ketua Panitia BM / Matematik akan menandatangani borang pengesahan untuk  semakan bagi pemantauan pihak yang berkaitan dalam pelaksanaan ujian Saringan tersebut.Semasa pelaksanaan Ujian Saringan Khas LINUS Kohort 1 ini, seorang pegawai pemantau telah hadir untuk memantau pelaksanan ujian tersebut.

KP Mate menandatangani Borang Pengesahan Saringan

PK. 1 dan Pegawai Bahagian Peperiksaan PPD Tawau
Guru Numerasi menandatangai  Borang Khas Ujian Saringan

Selepas itu, bermulalah tanggunjawab guru LINUS untuk memeriksa instrumen yang telah dijawab oleh murid dan mengisi data Saringan Khas ini di tapak SAPS.Guru Penyelaras LINUS pula akan mengemaskini Data Saringan Khas Kohort 1 , Saringan 4 dan Saringan 1 pada tapak NKRA. Data Saringan Khas LINUS yang telah siap diisi akan disahkan oleh Setiausaha Peperiksaan.


PK 1 dan Pengawai Peperiksaan memastikan sampul instrumen dibuka di hadapan murid
Sehubungan dengan itu, Jawatan kuasa LINUS SKBP mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Sapri Pegawai Bahagian Peperiksaan PPD Tawau, Pentabir sekolah, guru tahun 1 , semua guru SKBP, Setiausaha Peperiksaan, Guru Data Sekolah  dan mereka yang terlibat secara lansung atau tidak dalam memberi kerjasama menjayakan pelaksanaan Ujian Saringan Khas LINUS ini.

Catatan Laporan  :
Guru Penyelaras LINUS
SKBP 2012.












SENI DALAM PENDIDIKAN


Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak- kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativinya. Ia berungsi untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi.

Menurut Bersoon, kanak- kanak menggunakan deria dan respon emosinya dalam memperolehi pengalaman yang disediakan. Menerusi kegiatan seni kanak-kanak meningkatkan keupayaannya untuk membuat pengamatan dan pentaksiran .Ia juga dapat meningkatkan otak kanan dan otak kirinya.

Eisner pula menyatakan kanak - kanak sering berhadapan dengan masalah membina kemampuannya dalam membuat hurian dan membina suatu konsep yang sempurna.

Selain itu, Feldman mendapati kegiatan seni dapat meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang berlakunya perubahan- perubahan nilai manusia dari semasa ke semasa.

Brow mendapati pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuannya tentang perbezaan- perbezaan setiap objek atau imej de sekeliling.

Kesimpulannya, kebolehan kanak-kanak mencipta sesuatu yang baharu akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan.


Catatan perkongsian ilmu ;
Jamilah Dullah.

25 April 2012

Catatan Memori Warna-warni Majlis Penutupan Perkhemahan 2012

video

Antara perkara yang menghubungkan sesama manusia adalah perkongsian memori yang manis. Cuba buka mata hati melihat wajah - wajah dalam video ini, kita dapat merasakan kehangatan hubungan yang sukar dileraikan.Hubungan persahabatan menjadi semakin utuh apabila kita menghayati memori yang terakam di sebalik lensa.

Beberapa memori indah datang menyapa daripada situasi tertentu, tetapi dalam banyak keadaan, ia boleh dicipta. Memori yang paling manis sering kali datang melalui perancangan yang sengaja dicipta. Kita perlu ingat memori indah tidak mencari kita tetapi kitalah yang perlu mencipta memori tersebut.

Sekiranya kita mahu memori indah bersama keluarga, luangkan masa bersama keluarga. Sekiranya kita mahu memori indah bersama rakan seperjuangan, luangkan masa khusus bersama mereka.Kita tidak sesekali mempunyai memori indah dengan sesiapa apabila kita tidak memperuntukkan masa menciptanya.

Kita perlu ketahui bahawa memori indah memperkuatkan seseorang semasa dalam kesusahan dan memberikan inspirasi kepada seseorang supaya bahagia.Jadi perkara yang baik kita lakukan adalah memori indah dapat dirancang dan dicipta seperti yang tergambar dalam Suasana Warna-Warni Majlis Penutupan Perkhemahan 2012 ini.

Catatan Kenangan :
Jamilah Dullah


23 April 2012

Cerita Perkhemahan SKBP 2012

video


Bukalah mata hati untuk merenung seketika mengenai erti sebuah pengorbanan yang tergambar dalam layar cerita pendek ini. Pengorbanan adalah suatu bentuk pemberian secara menyeluruh. Dalam sebuah lirik lagu P. Ramlee ada menyatakan " Berkorban apa sahaja, harta ataupun nyawa....."
Dalam pengertian lain, pengorbanan akan nampak kesannya apabila muncul kesedaran untuk sentiasa memperbaiki tingkah laku supaya lebih baik. Contohnya , dalam aktiviti perkhemahan ini , seseorang itu diajar untuk mengorbankan rasa selesa makan di rumah , di sini bawah matahari yang terik mereka beratur untuk mengambil makanan.
Bukan sahaja  murid tetapi para guru juga turut mengorbankan sedikit masa bersama keluarga untuk menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Inilah yang dinamakan pengorbanan , hanya mereka yang mempunyai hati nurani sahaja yang sanggup menyahut makna sebuah pengorbanan.
Kesanggupan meluangkan masa melayani orang lain adalah langkah pengorbanan yang dapat memupuk kasih sayang sesama insan.Inilah yang dikatakan memberi tanpa meminta balasan atau dengan kata lain memberi tanpa syarat. 
Pengorbanan yang tulus tidak semestinya berbalas dengan bayaran yang setimpal, malah kadang kala sehingga ke akhir hayat pun kita tidak dapat melihat ataupun menerima balasannya.Tetapi kita perlu ingat, pengorbanan adalah ungkapan kesyukuran untuk kita berkongsi dengan orang lain kerna kita menerima kurnia kasih sayangNya dalam setiap sendi kehidupan.
Setiap pengorbanan yang baik dan pengorbanan yang dilakukan tidak akan luput daripada pengelihatan Allah SWT kerana Allah SWT sahaja yang mampu memberi balasan setimpal dengan apa yang kita lakukan.

Renungan Dari Hati :
Jamilah Dullah

PROGRAM GURU PENYAYANG SK BATU PAYONG 2012


Pagi itu murid-murid tercengang dengan perubahan yang berlaku di sekolah. Seakan-akan mereka tidak percaya awal pagi di pagar sekolah itu guru-guru berbaris beratur panjang meraikan kedatangan mereka ke sekolah.

"Selamat datang murid-murid. Terima kasih kerana datang ke sekolah hari ini ya. Cikgu-cikgu berbangga dengan kamu semua."



Tersenyum tersengih mereka menerima sambutan yang begitu manis yang jarang-jarang mereka alami sebelum ini. Guru-guru mereka tidak segan silu untuk bersalam-salaman, membetulkan tali leher, mengemaskan pakaian, juga mengambil berat apa saja keperluan untuk murid-murid pagi itu.

Ya, itulah dia Program Guru Penyayang yang telah dilancarkan sejak 1 Mac lalu di seluruh negara khususnya di SK Batu Payong. Program ini bertujuan untuk menonjolkan rasa kasih sayang guru-guru supaya perasaan dihargai dapat diwujudkan di kalangan pelajar, juga untuk memupuk semangat suka hadir mereka ke sekolah.


Sifat keprihatinan guru-guru ini akan ditonjolkan bukan hanya pada awal pagi persekolahan, malah juga semasa perhimpunan sekolah, waktu pembelajaran dalam kelas, serta semasa waktu pulang persekolahan.

Dan program ini akan dijalankan pelaksanaannya sepanjang hari, sepanjang minggu dan sepanjang tahun ini agar dapat memberi sumbangan ke arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif, mewujudkan suasana yang lebih harmoni antara guru dengan murid, serta  dapat mengurang salah laku disiplin murid.




"GURU PENYAYANG, MURID CEMERLANG, SEKOLAH TERBILANG"


22 April 2012

PENGORBANAN SEORANG GURU



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan 
oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Petikan sajak USMAN AWANG
1979








SUNGGUH BESAR PENGORBANAN SEORANG GURU. 
SEMOGA TERUS MENDIDIK ANAK-ANAK BANGSA DENGAN TABAH DAN BERSEMANGAT.


20 April 2012

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERKEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012 SKBPT



Perkemahan Unit Beruniform 2012 akhirnya melabuhkan tirainya pada pagi 15 April lalu dengan dirasmikan oleh Penolong Kanan 1 sekolah encik Suhaidi Adinin. Ucapan perasmian penutupan itu juga turut diiringi dengan berita gembira daripada Guru Besar sekolah Encik Abdul Maid Hamzah bahawa hari Isnin bersamaan 16hb April diumumkan sebagai cuti ganti bagi pihak sekolah.

Apa yang penting, perkemahan kali ini telah mencapai objektif utamanya iaitu menyediakan para peserta agar:-

1. mengetahui, memahami serta mempraktikkan teknik-teknik berkhemah yang betul merangkumi pemilihan kawasan, pemasangan, penjagaan kehmah, penyediaan bekalan makan serta aspek keselamatan diri.

2. Mempelajari, memahami serta melakukan sesndiri sesuatu aktiviti yang dilakukan untuk meningkatkan keyakinan diri, perasaan sentiasa dihargai.

3. Menghayati, melindungi serta menghargai alam sejagat ciptaan Tuhan melalui konsep perlindungan menerusi pelbagai aktiviti.

4. Sentiasa bersedia dengan pantas atas segala aspek terutama dalam situasi kecemasan.

5. Menanamkan sikap toleransi, bekerjasama, tolong menolong, serta sentiasa bermuafakat atas segala perkara bagi mewujudkan ukhuwah silaturrahim yang lebih erat.


JOHAN PERTANDINGAN MEMASAK
Pasukan Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)

JOHAN PERTANDINGAN MALAM KEBUDAYAAN
Pasukan Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

JOHAN UNIT TERBAIK KESELURUHAN
Pasukan Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

PESERTA TERBAIK LELAKI
Adik Azhan bin Daud (Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia)

PESERTA TERBAIK PEMPUAN
Adik Nuradibah Nabila (Unit Puteri Islam Malaysia)


SYABAS DAn TAHNIAH 
kepada semua peserta-peserta perkemahan, penyelaras Program, Guru-guru Penasihat Unit Beruniform, AJK-AJK Kecil pelaksana, Staf-staf sokongan, Unit Keselamatan sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Pasukan Gerak Awam(PGA), Pegawai Polis Daerah Tawau, Pemimpin Kemajuan Rakyat, dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Perkhemahan Unit Beruniform SK Batu Payong Tawau 2012 kali ini.

Semoga Berjumpa lagi pada masa akan datang.


18 April 2012

AKTIVITI MALAM KEBUDAYAAN 2012


Dengan kerestuan dan rahmat Allah swt, Malam Kebudayaan Perkemahan UB 2012 kali akhirnya dapat  mencapai objektif utamanya, iaitu untuk : 

Menanamkan sikap bertoleransi, bekerjasama, tolong menolong, bermuafakat, saling menghormati, serta menjalinkan ukhuwah silaturrahim yang lebih erat sesama ahli.



Aktiviti meriah ini diadakan di tengah-tengah kawasan lapang letak kereta. Para peserta perkemahan akan membuat barisan secara bulatan penuh.





PERSEMBAHAN UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)

Tema Persembahan: Tarian Sumazau

Bimbingan : cikgu JC Deera, cikgu Mohd Shahril, cikgu Ahmad Faizal, cikgu Zuhaidah, cikgu Arbaiya, cikgu Ika sunarti






PERSEMBAHAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP 

Tema Persembahan: Nyanyian

Bimbingan : cikgu Grase Ammira, cikgu Suhhardy Dabal, cikgu Bahriani, cikgu Shamsudin, cikgu Fadzly, cikgu Said, cikgu Rosman, Ustaz Aizat







PERSEMBAHAN UNIT BERUNIFORM TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)

Tema Persembahan: Nyanyian 3 dalam 1 (Anak Gembala Sapi + Kalau anda Gembira + Sayonara)

Bimbingan : cikgu Sauzanih, cikgu Jumadil, cikgu Ruslinah, cikgu Suhaidi, cikgu Fazidatul Azwa, cikgu Mazlan, cikgu Norhaya






PERSEMBAHAN UNIT BERUNIFORM PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)

Tema Persembahan: Tarian Poco- Poco 

Bimbingan : cikgu Hanisah, cikgu, Zaiton, cikgu Jamilah, ustazah Asmah, ustazah Zanariah, ustazah Patimah, ustzah Nurjannah, cikgu Rosneh





PERSEMBAHAN SPONTAN TERBAIK MALAM KEBUDAYAAN


Tema Persembahan: "Cikgu oh Cikgu" by Unit Beruniform TKRS




PERSEMBAHAN KHAS
GURU-GURU PENYELARAS DAN PESERTA PERKEMAHAN

Tema Persembahan: Tarian Sumazau + Tarian Poco-Poco + Tarian Kebudayaan Malaysia









SAYONARA SK BATU PAYONG. MOGA BERJUMPA DI MALAM KEBUDAYAAN AKAN DATANG. 
SAYONARA MOGA BERJUMPA LAGI. 
SELAMAT MALAM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...