26 July 2012

SUMBANGAN IKHLAS STAF SKBP BERSAMA PROGRAM AMAL TM, TAWAU.







Alhamdulillah...

Ramadhan tiba lagi. 

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan 'Selamat Berpuasa' kepada semua staf Sek. Keb. Batu Payong, Tawau. Semoga kita semua diberi kesihatan oleh Allah SWT untuk menyempurnakan ibadah puasa yang berkat. 

Saya  ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon keampunan atas apa sahaja kesalahan yang telah saya lakukan samada sengaja atapun tidak.

Mudah-mudahan dengan saling memaafkan kesalahan antara kita , maka ibadah puasa kita lebih diterima dan lebih digandakan pahala oleh Allah SWT.

Insya Allah...

Sukacita dimaklumkan bahawa pungutan sumbangan ikhlas yang kita  lakukan pada bulan Jun yang lalu  adalah sebanyak RM220 termasuk sumbangan khas dari sahabat baik saya nun jauh di Keningau. 

Terima kasih yang tidak terhingga. Semoga Allah SWT menerima dan meredhai amal ikhlas kita. Cepat atau lambat amalan  sedekah jariah yang dilakukan pasti akan mendapat balasan baik. Itu satu janji Allah yang pasti. 

Mohon maaf kerana saya lambat memberi feedback berkenaan sumbangan  yang telah dilakukan. 

Sumbangan kita telah  diurus  bersama-sama dengan sumbangan Telekom Malaysia , Tawau dan dihantar ke Madrasah Tahfiz Tanjung Batu Darat, Tawau oleh En. Arsyad Mohd. Ali . Terima kasih kepada beliau kerana mengajak ikut serta dalam program amal ini.

Sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan ikhlas kepada anak yatim dan ibu tunggal yang memerlukan bantuan sempena Ramadhan ini, anda boleh berbuat demikian di sekolah.

Berikut ini adalah gambar yang sempat dirakam untuk tatapan kita.







Sekian. Wassalam.


10 July 2012

SENAMROBIK "1Murid 1Sukan 1Malaysia" PERINGKAT SKBPT 2012



Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilakukan serentak di 10,000 sekolah di seluruh negara pada pagi Selasa 10 Julai 2012. 

Dasar 1Murid 1Sukan yang mewajibkan setiap murid sihat mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan sejajar dengan hasrat untuk memupuk budaya bersukan di sekolah. 

Tahniah buat semua warga SK Batu Payong Tawau. Senamrobik ini telah dapat dilaksanakan dengan sempurna dengan misi utama untuk melahirkan insan yang sihat dan harmonis dari segi fizikal dan mental.

































































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...