20 October 2015

Sukan Tahunan SKBPT 2015 kali ke-22



PENDAHULUAN
Pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang adalah hasil gabungan intelek,jasmani,rohani,
emosi dan sosial yang berpotensi tinggi.Ia terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara.Sehubungan dengan itu maka Sekolah Kebangsaan Batu Payong Tawau akan mengadakan satu Temasya / Karnival Sukan Tahunan yang menjurus ke arah pembentukan insan yang seimbang itu.Ia dilaksanakan secara permuafakatan antara Guru-guru dan Warga sekolah dan untuk pertama kalinya akan diadakan di Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau.Temasya Sukan ini dinamakan “Kejohanan Sukan Padang & Balapan” yang mana aktiviti wajib kokurikulum setiap sekolah.

RASIONAL
Sukan adalah aktiviti yang sihat dan mampu mencegah kegiatan tidak berfaedah. Murid yang aktif bersukan boleh menghindarkan diri daripada gejala yang tidak sihat dan cemerlang di dalam pelajaran.Justeru sukan sekolah boleh mencungkil bakat murid dalam bidang sukan.

OBJEKTIF
  1. Memenuhi keperluan murid untuk beriadah dan bersukan.
  2. Melahirkan insan yang berdaya saing dan berlumba-lumba.
  3. Memupuk semangat berkerjasama dan  kerja berpasukan.
  4. Mengilap potensi murid dalam bidang sukan ke peringkat yang lebih tinggi.
  5. Memilih 24 orang murid untuk mewakili sekolah ke MSSD Tawau.

SASARAN
Semua murid-murid Tahap 1 dan 2 Sekolah Kebangsaan Batu payong, Tawau.

NAMA
Kejohanan Padang & Balapan 2015

PENGANJUR
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU PAYONG

TEMA
“1 tranformasi sukan”

PEMILIHAN DAN LATIHAN
5 Oktober – 14 Oktober 2015

MASA PEMILIHAN/LATIHAN
7.10 – 08.40 Pagi

TARIKH KEJOHANAN
15 Oktober 2015 (Akhir acara Padang), (Sukaneka Tahap 1) (Tempat: Padang SK Batu Payong)
17 Oktober 2015 (Akhir Acara Balapan) (Tempat: Padang Kampung Batu Payong)


TEMPAT KEJOHANAN
Padang SK Batu Payong Tawau / Padang Kampung Batu Payong















16 October 2015

Hari Sukan Negara 2015 di SKBPT

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24hb Mac 2015.

Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.

Pihak sekolah SKBPT mengambil kesempatan ini untuk mengadakan aktiviti Senamrobik untuk semua kakitangan sekolah dan murid-murid bagi merealisasikan harapan dan sarana kerajaan





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...