11 December 2016

SELAMAT DATANG GURU BESAR BARU- PUAN HASMAH HAMZAH

Terbang helang di hujung salang,
Hinggap berdua di dahan kasar
Pencetus wawasan pemangkin gemilang
Bernaung khidmat puan guru besar


Seluruh warga SK Batu Payong merasa berbesar hati  mengalu-alukan kedatangan puan Guru Besar Puan Hasmah binti Hamzah yang kami nanti-nantikan ke sekolah yang indah di tepian pantai ini.

Semoga dengan kedatangan puan Guru Besar dapat menyemarakkan lagi semangat, iltizam, memperkuatkan tekad, memperkasakan ikhtiar bagi memajukan dan mengangkat taraf SK Batu Payong ke tahap yang lebih baik mencapai pendidikan yang cemerlang dalam segala aspek.

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Kedatangan puan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

"Selamat datang kami ucapkan"

24 November 2016

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU BAHRIANI DAN CIKGU BIBI NORLIJANNAH

Bunga Kemboja putih berseri 
Putihnya melur diujung dahan 
Atas hubungan kerja serta pertolongan yang diberi 
Puji syukur serta terima kasih kami ucapkan.







Hari-hari terakhir persekolahan, sebuah lagi berita yang mengejutkan semua warga SKBPT apabila mendapat khabar berita dua orang guru harapan dapat berpindah ke sekolah pilihan mereka. Tidak terungkap dengan kata-kata, berita ini memang menyedihkan memandangkan ianya hadir setelah keputusan UPSR 2016 SKBP diumumkan cemerlang dengan jayannya.

Cikgu Bahriani telah berkhidmat di sekolah ini selama 10 tahun. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau seorang guru bahasa Inggeris yang rajin dan penuh berdedikasi. Sentiasa awal datang ke sekolah dan lewat pulang dari sekolah bagi memberi sepenuh komitmen kepada anak anak didik nya di sekolah. Selaku penyelaras Linus sekolah, terdapat peningkatan dalam kaedah membaca dan menulis bagi murid-murid tahap 1 yang lemah.

Manakala cikgu Bibi yang baru bertugas seawal tahun 2013, merupakan seorang guru Matematik tahun 6 yang banyak menyumbangkan khidmat dan sentiasa disayangi oleh anak didiknya. Beliau juga merupakan guru Pusat Sumber yang kreatif dan jitu membangunkan aktiviti-aktiviti pusat sumber . 

Cikgu Bahriani akan memulakan tugas awal tahun 2017 di SK Titingan Tawau, manakala cikgu Bibi akan bertugas di ST Mary Sandakan..

Tahniah dan syabas buat kedua orang guru ini. Salam kerinduan dan selamat bertugas d sekolah baru. Semoga berjumpa lagi.

18 November 2016

MAJLIS PERPISAHAN GURU PRAKTIKUM PENDIDIKAN ISLAM

Majlis Perpisahan Guru Praktikum 2016

Majlis perpisahan yang ringkas, namum penuh bermakna buat dua guru pelatih yang akan menamatkan latihan pada hari ini. Sepanjang 3 bulan berkhidmat, banyak sumbangan dan jasa-jasa yang mereka taburkan untuk membantu para guru SKBPT menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah.

Terima kasih buat Ustazah Saimah dan Ustazah Farha. Semoga menjadi seorang ustazah yang berdedikasi bila penempatan di sekolah baru kelak.





9 November 2016

MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR EN. AHMAD HAKIM JAAFAR


Encik Ahmad Hakim Jaafar. Sebuah nama yang gah di SKBPT. 
Setiap tutur kata dan perintahnya akan sentiasa dipatuhi oleh semua warga SKBP. Daripada guru-guru sehinggalah pengawal keselamatan sekalipun akan ternanti-nanti kelibat insan ini di sekolah setiap hari.

Namun kesemua itu bakal tinggal kenangan kerana beliau akan mengumumkan perpisahan dengan kesemua warga SKBPT. 
En. Ahmad Hakim bakal naik pangkat dan akan meneruskan kesinambungan kerjaya beliau di Jabatan Pelajaran (JPN) Negeri Sabah sebagai Ketua Sektor.

Jasamu dikenang nama diberi 
Bikin merai teman bestari 
anda sahabat yang kami kasihi 
layanan anda sangat dihargai 
***************************


Mengimbau kembali, beliau pernah berkhidmat di sekolah ini selama 4 tahun pada tahun 2008 sehingga tahun ke 2012. Pada tahun 2013, beliau berpindah tugas di SK Pulau Mabul Semporna. Beliau kembali bertugas di SKBPT pada awal tahun 2014 selama dua tahun sebelum berpisah sekali lagi dengan kesemua warga kerja SKBPT pada akhir 2016.

Sepanjang khidmat beliau di sekolah ini, berbagai sumbangan dan jasa yang ditabur bagi menaikkan nama SKBPT setanding dengan sekolah-sekolah lain. Hasil usaha beliau telah terbukti dengan peningkatan mendadak UPSR 2016. 

Beliau seorang pemimpin yang dihormati dan sayangi oleh kesemua kakitangan, anak didik serta ibu bapa. Komited dalam menjalankan tugas dan sentiasa tegas dalam arahan yang disampaikan.






Satu 'Majlis Perpisahan' yang sederhana dan ringkas tetapi disambut dengan meriah telah diadakan pada hari ini, 9hb November 2016 bertempat di kawasan legar bangunan pentadbiran sekolah. Berderai air mata kasih sayang ketika salam menyalam perpisahan dengan anak-anak murid bersama guru-guru.

Semoga berjumpa lagi Encik Ahmad Hakim. Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala sumbangan dan jasa Encik Ahmad Hakim sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

Ayam rintik tepi di tepi hutan 
terlihat dari pinggir telaga 
nama yang baik lantas ingatan 
seribu tahun terkenang juga ...

16 October 2016

SUKAN TAHUNAN PADANG dan BALAPAN SKBPT 2016 kali ke-23

 TEMA
“1 tranformasi sukan”

PEMILIHAN DAN LATIHAN
3 Oktober – 11 Oktober 2016

MASA PEMILIHAN/LATIHAN
1.00 – 03.00 Petang

TARIKH KEJOHANAN
12 Oktober 2016 (Akhir acara Padang), (Sukaneka Tahap 1) (Tempat: Padang SK Batu Payong)
16 Oktober 2016 (Akhir Acara Balapan) (Tempat: Kompleks Sukan Tawau)

TEMPAT KEJOHANAN
Padang SK Batu Payong Tawau /Kompleks Sukan Tawau

Rumah HIJAU
 
Rumah KUNING

Rumah BIRU

Rumah MERAH

Sukan Tahunan kali ini lebih meriah kerana pada tahun ini pihak sekolah telah berusaha untuk mengaanjurkannya di tempat yang lebih berprestij iaitu di Kompleks Sukan Tawau. Sejumlah ribuah ibu bapa dan hadirin hadir dalam memberi sokongan kepada setiap peserta.

Acara penutupan dirasmikan dengan penuh gemilang di mana pasukan rumah Biru telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan, diikuti oleh rumah Hijau, rumah Kuning dan rumah Merah. 

Semoga berjumpa lagi di temasya sukan tahunan sekolah 2017.


















3 September 2016

SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2016 SKBPT BERSAMA KRT KG. BATU PAYONG


Setiap tahun, warga pendidik akan mengadakan sambutan bulan kemerdekaan di sekolah. Cuma sambutan kali amat istimewa kerana SKBPT akan melibatkan kerjasama dengan Kelab Rukun Tetangga (KRT) Kampung Batu Payong. Banyak aktiviti yang perlu dilaksanakan bagi menyemai dan memupuk semangat sayangkan negara dan menghargai kemerdekaan negara. Lebih-lebih lagi kepada pewaris pemimpin negara.











Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Sehati Sejiwa anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Batu Payong dengan kerjasama SK Batu Payong disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan yang juga wakil rakyat kawasan Dun Apas di Dewan Mini Kampung Batu Payong Tawau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...