28 March 2016

PERTANDINGAN BERCERITA ZON APAS TAWAU


Pihak sekolah amat bertuah kerana telah terpilih selaku tuan rumah bagi menganjurkan Pertandingan Bercerita Zon Apas. Sebanyak 7 buah sekolah telah menghantar wakil masing-masing yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu Tahap I dan Tahap II.














17 March 2016

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI


Sempena munculnya fenomena Gerhana Matahari, Panitia Pendidikan Agama Islam telah mengadakan solat sunat gerhana yang dijalankan di dewan serbaguna sekolah. Solat sunat dan ceramah ini dibimbing oleh ustaz Aizat Bisnu






11 March 2016

MAJLIS PERPISAHAN USTAZAH SITI ASMAH DERANI


Tanggal 11hb Mac 2016, Sebuah lagi majlis perpisahan penuh bermakna buat seorang ustazah yang akan berpindah ke sebuah sekolah di Pulau Pinang. 
Ustazah Siti Asmah merupakan seorang pendidik yang berdedikasi dan bertanggungjawab dalam setiap tugas dan amanahnya. Seorang yang sentiasa disenangi oleh murid-muridnya dan sentiasa dan mendapat pujian dari segenap ibu bapa dan penjaga.















Semoga berjumpa lagi ustazah Siti Asmah. Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala sumbangan dan tunjuk ajar sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Mohon maaf andai ada silap dan salah yang bisa mengguriskan hati dan perasaan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...