16 May 2016

RIANG RIA HARI GURU 2016 - Guru Pembina Negara Bangsa


'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA 2016'

Seperti tahun sebelumnya, tanggal 16 Mei telah dipilih sebagai Hari Guru bagi meraikan guru –guru yang banyak berjasa dalam bidang pendidikan.

Melalui aktiviti Sambutan Hari Guru kali ini, murid dapat berinteraksi dengan guru selaku mentor mereka secara santai tetapi penuh penghayatan dan pengajaran di sebalik aktiviti yang dijalankan. Semoga aktiviti yang dijalankan memberikan erti yang signifikan dalam catatan diari kehidupan seorang guru.

SKBPT meriah dengan tema pada tahun ini ialah 'permainan alat tradisional'


















4 May 2016

PERTANDINGAN INOVASI DAN REKA BENTUK

Pertandingan inovasi dan rekacipta peringkat SK Batu Payong telah dianjurkan oleh Setiausaha Ko-Kurikulum dan diadakan pada 4 Mei 2016 yang lalu. 

Antara kelab yang mengambil bahagian adalah Kelab Bahasa Melayu, Kelab Bahasa Inggeris, kelab Rukun Negara, Matematik serta kelab Pendidikan Agama Islam. Setiap pasukan dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya dua buah projek inovasi yang telah diselia oleh En. Said selaku setiausaha KOKUM bersama-sama empat orang pentadbir sekolah. Pertandingan telah dijalankan di Dewan Serbaguna.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...