30 July 2016

SAMBUTAN AIDILFITRI SKBPT 2016


Riang Ria aidilfitri SKBPT telah diraikan dengan penuh warna warni oleh seluruh masyarakat Kampung Batu Payong dan sekitarnya. Aktiviti tahunan ini dirancang oleh pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi mengeratkan jalinan silaturrahim antara guru-guru, murid, ibu bapa dan masyarakat umumnya.

Jutaan terima kasih buat Yang DiPertua PIBG, Puan Hasnah Junaidi yang berusaha keras dari awal nbagi memastikan program seumpama ini dijalankan dengan jayanya.

Selain jamuan kuih muih dan juadah makanan minuman, pelbagai aktiviti lain juga diadakan seperti cabutan nombor bertuah, pertandingan baju raya tercantik bagi kategori murid, guru, dan ibu bapa, kad top up siapa cepat dia dapat, serta nyanyian lagi karaoke hari raya.



































Semoga berjumpa lagi dalam Sambutan Hari Raya tahun hadapan.

4 July 2016

PERTANDINGAN KELAS TERCANTIK

PERTANDINGAN KELAS TERBERSIH

Kelas 3 Amanah dan kelas Tahun 4 Amanah sekali lagi memenangi perandingan kelas terbersih buat kali kedua berturut-turut. Kelas 3 Amanah mewakili kategori Tahap I manakala kelas 4 Amanah juara bagi Tahap II.





Sekalung Tahniah buat kelas-kelas yang berjaya merangkul nama sebagai kelas tercantik dan terbersih sepanjang bulan Januari hingga bulan Julai 2016. Semoga ianya akan memberi perangsang dan semangat buat kelas-kelas lain untuk turut sama menghias dan mencantikkan suasana kelas yang kondusif.

1 July 2016

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM/ MISKIN


Sempenan akhir Ramadhan ini, pihak sekolah telah mengadakan sebuah program Majlis Khatam al-Quran dan memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dan miskin d sekolah ini. Seramai 30 orang pelajar menerima sumbangan ini yang dikumpulkan oleh guru-guru dan kakitangan sekolah. Selain duit raya, mereka juga menerima sumbangan baju melayu dan baju kurung.

Semoga sumbangan ini akan memberi wajah-wajah keceriaan kepada anak anak ini sempena menanti ketibaan Syawal yang bakal menjelang beberapa hari lagi.






















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...