26 February 2017

MAJLIS PERPISAHAN TUAN. HJ EKBAL KHALID (PK KOKUM)


Petani ke sawah menanam padi
Padi ditanam menguning tua
Meski mungkin tiada dinanti
Perpisahan kini di depan mata


Seawal pukul 10 pagi, kakitangan sekolah dan murid-murid telah pun membentuk barisan panjang bagi meraihkan sebuah perpisahan dengan Penolong Kanan KoKurikulum Tuan Haji Ekbal Bin Hj Khaled yang yang akan berpindah ke tempat bertugas barunya sebagai Guru Besar di SK perdana Tawau hari ini. 


Sedih dan terharu, namun adat perpisahan yang datang pasti akan pergi jua. Tuan Haji Ekbal telah memulakan tugasnya di sekolah ini sejak tahun 2013. Sepanjang mentadbir d sekolah ini dalam bidang Kokurikulum, beliau telah banyak membuat penambahbaikan dalam beberapa aspek seperti "Sukan Tahunan Sekolah", "1 Murid 1 sukan", 'Perkemahan Sekolah', 'Badan Beruniform', 'Kelab dan Persatuan', 'Program Tahun 6', 'Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar (APC)', serta membentuk jawatankuasa KOKUM yang lebih mantap berkarisma.


Beliau seorang yang disegani dan dihormati oleh semua kakitangan sekolah. Berkeyakinan tinggi, sentiasa berpakaian kemas, tegas dan komited dalam setiap arahannya serta sentiasa mempamerkan keramahannya dalam kemesraan dengan semua guru dan kakitangan sekolah.

Semoga kecekalan dan kegigihan beliau di sekolah ini akan memberi sumber kekuatan baru untuk tugas yang lebih mencabar sebagai Guru Besar di sekolah baru kelak. 

Semoga berjumpa lagi tuan Haji Ekbal Haji Khaled. Jasamu akan sentiasa dikenang oleh semua warga sekolah SK Batu Payong Tawau.


Patah pasak dalam kemudi
Patah diruang bunga kiambang
Kalaulah tidak bertemu lagi
Bulan yang terang sama dipandang

16 February 2017

SKBPT tuan rumah Sukan MSS ZON APAS KALI KE-5 (2017)


Kejohanan Balapan dan Padang MSS ZON APAS TAWAU KALI KE-5 (2017)

Tempat: Padang MRSM Tun Mustapha Tawau
Tarikh: 15 hingga 16 Februari 2017
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang

Kejohanan Olahraga Balapan dan Padang peringkat Zon Apas Tawau telah berlangsung dengan jayanya dengan tema 1 sukan 1 semangat. SK Batu Payong amat bertuah kerana terpilih menjadi tuan rumah bagi acara sukan kali ini.

Cuaca yang cerah serta keadaan padang yang memuaskan menjadikan acara ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Penyertaan atlet Pelapis Zon Apas pada kali ini menampilkan penyertaan sebanyak 13 buah sekolah Zon Apas iaitu:

1. SK BATU PAYONG
2. SK KINABUTAN 
3. SK KG JAWA
4. SK KEM KABOTA
5. SK BATU 4
6. SK HOLY TRINITY
7. SK TITINGAN
8. SK MELODI
9. SK TAMAN TAWAU
10. SK SENTOSA
11. SJKC CHUNG HWA
12. SJKC KUNG MING
13. SJKC HING HWA

Pasukan olahraga SK Kem Kabota berjaya menjadi juara keseluruhan dengan merangkul 4 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa. Manakala naib juara dikongsi bersama antara SK Batu 4 dan SK Holy Trinity dengan merangkul 4 emas, 1 Perak dan 3 Gangsa. 

Manakala pasukan tuan rumah SK Batu Payong berjaya menduduki tangga ketujuh dengan mengumpul 1 Perak dan 1 Gangsa. 

Sekalung ucapan tahniah kepada atlet-atlet pelapis sekolah-sekolah  yang berjaya memenangi pingat pada temasya Kejohanan MSS Zon Apas Tawau kali ini., manakala yang tidak berjaya selamat berjuang untuk kejohanan yang seterusnya.




































Berjuta-juta penghargaan juga buat semua barisan pentadbir, guru-guru, AJK-AJK guru sekolah lain yang bertugas, anggota-anggota sokongan, pekerja pembersihan, bantua kecemasan JKKK Kampung Batu Payong ibu bapa penjaga serta seluruh warga sekolah SK Batu Payong atas komited dan usaha dalam mengurus dan mentadbir kejohanan sukan ini dengan jayanya. 

Tahniah !!!!

13 February 2017

BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN RM100 SKBPT (2017)


BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN RM100 SKBPT (2017)

Seramai 200 pelajar sekolah ini menerima bantuan khas persekolahan sebanyak RM100 oleh kerajaan, baru-baru ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, ibu bapa hendaklah memanfaatkan pemberian bantuan tersebut untuk keperluan persekolahan anak-anak mereka. Tambahnya, bantuan itu merupakan kesinambungan daripada bantuan yang pernah diberikan sebelum ini.

YB Datuk Tawfiq yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah  percaya ibu bapa berpuas hati dengan usaha kerajaan tersebut apatah lagi ia bertujuan untuk melonjakkan bidang pendidikan negara. Usaha itu juga, jelasnya, selaras dengan dasar kerajaan negeri yang mahu melihat pendidikan anak- anak terbela, bukan sahaja memburu tempat terbaik dalam ujian peringkat kebangsaan, tetapi berkaitan aspek sahsiah dan jati diri mereka.
Baca selanjutnya: 

Turut hadir dalam perasmian pemberian bantuan khas tersebut adalah Encik Darmansyah Bin Hajis Asakil selaku Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tawau.

Ucapan oleh Encik Darmansyah Bin Hajis Asakil selaku Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tawau.

Ucapan oleh Encik Darmansyah Bin Hajis Asakil selaku Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tawau.

Guru Besar sekolah, puan Hasmah Hamzah






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...