30 April 2017

PERKEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKBPT 2017

Sesi Ice Breaking

Lebih kurang 100 orang pelajar telah menyertai perkhemahan ini sesi 2017 kali ini. Setiap unit telah menghantar seramai 20 orang ahli wakil yang terdiri daripada Pasukan Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Pasukan Puteri Islam (PPIM), serta kumpulan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).

Perkemahan kali ini menampilkan kelainan dari segi aktiviti seperti kebiasaanya. Selain ice breaking dan aktiviti berkumpulan, para peserta turut didedahkan dengan latihan "pemasangan jerat", cabaran "rempuh halangan" yang lebih hebat, serta pertandingan Ratu dan Raja Rimba.

Aktiviti-aktiviti lain adalah seperti Cooperative Game, Sayang Si Buta, ketatanegaraan, Cergas Pagi, serta aktiviti ibadah yang menguji  ketahanan mental dan fizikal para pelajar.

Aktiviti Memasang Jerat

Rempuh Halangan : Memanjat Tembok Besar Cina

Rempuh Halangan: Gerak Biawak

Semoga aktiviti-aktiviti perkhemahan kali ini diharapkan dapat melatih pelajar supaya berdikari dan bersedia dalam menghadapi keadaan serba kekurangan. Selain itu, ia diadakan untuk memupuk nilai-nilai murni dan semangat muafakat antara ahli dalam kumpulan. 

Komitmen para guru amatlah tinggi dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa dalam keadaan baik dan terjaga. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru pembimbing  yang sudi berkhidmat dengan ikhlas tanpa mengenal erti penat dan lelah.

Malam Kebudayaan: Raja dan Ratu Rimba

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Penolong Kanan KO-Kurikulum SK Batu Payong Puan Norianah Manah. Semoga berjumpa lagi dalam siri perkemahan akan datang.

Majlis Perasmian Penutupan dan penyampaian hadiah

Sesi Bergambar

29 April 2017

Lawatan Yang Berhormat DATUK DR. MARY YAP KAIN CHIN.



Perkemahan Unit Beruniform kali ini amat bertuah kerana telah dikunjungi oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi iaitu Yang Berhormat DATUK DR. MARY YAP KAIN CHIN. 

Selain melawat tapak perkemahan, Yang Berhormat juga telah memberi kata-kata perangsang kepada setiap peserta untuk terus memperkasakan jati diri bagi membentuk insan pelajar yang lebih sempurna. YB Datuk Puan Mary juga sempat mengikuti aktiviti pemasangan jerat dan sama-sama mengambil gambar kenangan kepada semua peserta dan guru pembimbing.

YB Datuk mencuba jerat yang siap dipasang





Terima kasih Yang Berhormat DATUK DR. MARY YAP KAIN CHIN.

KEM SUKAN SEKOLAH SKBPT 2017

Kem Sukan Sekolah 
~ Bola Baling ~


Berbekalkan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki, cikgu Lizawati dengan kerjasama Setiausa Sukan cikgu Asri telah mengadakan Kem yang memberi peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat dan kemahiran dalam sukan Bola Baling.

Setiap murid akan dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil bagi memberi peluang kesemua murid tahap II untuk merasai sendiri nikmat permainan yang julung-julung kali diperkenalkan di sekolah ini.


Semoga Pendedahan ini diharapkan akan dapat mencungkil bakat-bakat baharu bagi mewakili nama sekolah ke peringkat yang lebih jauh.

25 April 2017

"JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT" SKBPT 2017


Para pelajar disarankan supaya meluangkan masa selama 10 minit untuk sama-sama meraikan program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit pada 25 April nanti bermula dari jam 11 hingga 11.15 pagi.

Semoga program seumpama ini akan melahirkan anak didik yang menjadikan membaca sebagai amalan hidup seharian. Tahniah buat penyelaras Pusat Sumber juga kepada semua guru-gur yang menjayakan program budaya membaca ini

Aneka gaya murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 mengambil masa 10 minit yang terluang untuk menelaah buku masing-masing


17 April 2017

KEMPEN JOM DATANG AWAL KE SEKOLAH 2017


Kempen Jom datang Awal ke Sekolah 2017

Pelancaran kempen jom datang awal ke sekolah dirasmikan oleh Guru Besar Puan Hasmah Hamzah dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid. Kempen ini bertujuan mengalakkan murid murid untuk datang seawal mungkin ke sekolah dan tidak tercicir pelajaran akibat kelewatan untuk hadir pada tepat waktu persekolahan. 

Para ibu bapa juga diharapkan dapat menghantar awal anak anak mereka ke sekolah. Semoga kempen ini berjalan lancar dan semua murid SKBPT dapat hadir awal ke sekolah.


"Tepat Pada Waktu, Masa Itu Emas"

4 April 2017

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2017

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2017

Kem Membaca 1Malaysia SKTM 2017 disempurnakan pelancarannya oleh Penolong Kanan 1 Puan Matilda Octopianus. 

Dalam ucapannya, beliau mengharapkan budaya membaca akan menjadi tabiat kepada seluruh warga SK Batu Payong. Kem Membaca 1Malaysia merupakan satu program KPM yang dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid sekolah. 


Antara program utama yang dilaksanakan sepanjang minggu di sekolah ini ialah 

1. Nyanyian lagu Membaca Gaya Wawasan
2. Bacaan 30 minit
3. Pertandingan Mewarna Tahap I
4. Pertandingan Mewarna kulit Buku Tahap II
5. Bicara buku 10 minit
6. Teka Silang Kata English dan Malay
7. Spelling Bee
8. Pertandingan Tulisan Khat Tahap I dan II


Kem Membaca 1Malaysia SK Batu Payong oleh Unit PSS yang diterajui oleh guru baru Pn. Lizawati Binti Herman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...