26 May 2017

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PENERIMA APC 2016


Warga SK Batu Payong mengucapkan sekalung tahniah buat rakan-rakan guru yang telah mendapat anugerah Perkhidmatan Cemerlang berdasarkan prestasi kerja mereka yang terbaik sepanjang tahun 2016. 

Anugerah ini amat besar maknanya bagi seorang pendidik yang bertungkus lumus dalam memajukan diri bagi mendidik anak bangsa dengan jayanya.

Tahniah sekali lagi buat cikgu Matilda Octopianus, cikgu Shaiful Bahri Abidin dan cikgu Mohd Asri Abu Bakar.

25 May 2017

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL SEMPENA RAMADHAN 2017


Satu Majlis ringkas Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Menyambut Bulan Ramadhan 2017 telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna SK Batu Payong yang melibatkan semua guru, staff serta murid-murid.

Majlis berlangsung dengan bacaan yasin, tahlil dan doa selamat serta tazkirah yang dipimpin oleh ustaz Aizat Bisnu bagi persediaan menyambut Ramadhan Al-Mubarak disamping untuk mengeratkan silaturrahim diantara guru dan murid.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 2017

24 May 2017

GOTONG ROYONG MEGA BERSEPADU PERANGI AEDES SIRI 1 (2017)

Tarikh    : 24 Mei 2017 

Masa      : 8.00 pagi

Tempat    : Seluruh kawasan dalam dan luar SK Batu Payong Tawau

Taklimat ringkas oleh PK HEM En. Mazlan dan guru Disiplin cikgu Said

Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar Puan Hasmah Hamzah
Gotong royong mega bersepadu perangi Aedes Siri 1 untuk pencegahan pembiakan nyamuk Aedes telah dijalankan dengan jayanya oleh seluruh warga SK Batu payong.

Program ini bermula jam 8.00 hingga 11.00 pagi melibatkan semua murid dan guru dan telah diagihkan mengikut kawasan tertentu seluruh sekitar kawasan sekolah. 

Antaranya kawasan luar pagar, belakang bangunan C, kawasan persekitaran blok B dan D, kawasan longkang, Pusat Sumber, setiap kelas serta kawasan bangunan bilik guru.

Objektif program ini adalah untuk menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya cara hidup sihat di samping dapat  memupuk sikap keprihatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan murid tentang pendidikan pencegahan demam denggi. 

Semoga aktiviti seumpama ini akan mewujudkan persekitaran SKBPT yang bersih, kondusif, dan bebas pembiakan nyamuk Aedes

Kawasan bawah kelas



Belakang bangunan C



Kawasan banguann D



Dalam Pusat Sumber


Kawasan Pra Sekolah




Persekitaran bangunan bawah


Kawasan parit dan luar pagar sekolah


16 May 2017

SAMBUTAN HARI GURU 2017

SAMBUTAN HARI GURU 2017


Sambutan Hari Guru SKBPT tahun ini amat meriah kerana kali ini bersama-sama diraihkan oleh beberapa muka baru. Antaranya Guru Besar Puan Hasmah Hamzah, Penolong Kanan KOKUM puan Noriana Manah serta cikgu Lizawati Herman.

Pelbagai aktiviti hebat telah dirancang bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari guru 2017 untuk memberi penghargaan kepada diri sendiri setelah penat lelah mendidik anak bangsa dengan gigih.  

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Majlis Bacaan tahlil dan doa kesyukuran, persembahan guru-guru dan murid tahun 6, nyanyian lagu kebangsaan, lagu Guru Pembina Negara Bangsa, lagu Kami Guru Malaysia, bacaan Ikrar dan acara sukaneka. Tidak ketinggalan juga acara memotong kek dan majlis cabutan hadiah bertuah sebagai penutupan acara Hari Guru pada hari ini.


Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar Puan Hasmah

Bacaan Yassin dan Tahlil sebagai tanda kesyukuran

Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanahairku, Kami Guru Malaysia dan Lagu Guru Pembina Negara Bangsa 

Wanita Perkasa SKBPT
AKTIVITI SUKANEKA
Sukaneka Bowling botol

Memancing Botol menggunakan gelung

Semangat Berpasukan

Pasukan Biru

Pasukan Merah

Pasukan Kuning

Tiup tepung








Tahniah Kuning juara acara tiup tepung


Acara memotong kek oleh barisan pentadbir sekolah
AKTIVITI CABUTAN HADIAH BERTUAH GURU-GURU DAN STAFF
Cikgu Matilda, cikgu Rosneh, cikgu Liza, cikgu Zuhidah, Ustaz Aizat, cikgu Shaiful, cikgu Said, cikgu Rosman

Ustazah Nurjannah, puan Irdawati, ustazah Sti Zanariah, ustazah Taiyibah, ustazah Patimah, cikgu Ruslinah, puan Shima, puan Rusnani

cikgu Hanisah, cikgu Sauzanih, cikgu Ika Sunarti, cikgu Asiah, cikgu Daniel, cikgu Asri, cikgu Sharifah, cikgu Ahmad Faisal

gambar atas: Tangisan seorang guru (cikgu Hanisah)
gambar bawah : cikgu Mazlan, cikgu Fazidatul,  cikgu Mudzlineh, cik Hanizah, Puan Anita, Encik Mulok

TERIMA KASIH BUAT SEMUA KAKITANGAN DAN MURID-MURID YANG MENJAYAKAN MAJLIS HARI GURU TAHUN INI.

SEMOGA BERJUMPA LAGI MAJLIS HARI GURU TAHUN HADAPAN

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA" 

5 May 2017

CERAMAH ISRA' DAN MI'RAJ SKBPT 2017

CERAMAH ISRA' MI'RAJ SKBPT 2017


Segala puji hak mutlak milik ALLAH SWT semata yang dengan kurnianya kita di berikan penerangan cahaya keimanan di dalam hati semua. Shalawat dan Salam semoga dicurahkan kepada nabi MUHAMMAD SAW yang menjadi suri tauladan di setiap aspek kehidupan bagi umatnya.

Ucapan alu-aluan oleh Penolong Kanan 1 Puan Matilda Octopianus
Pada pagi Jumaat yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan ceramah ringkas bagi memperingati satu kejadian yang sangat istimewa dan satu satunya hamba ALLAH SWT yang mengalaminya iaitu Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad SAW. 

Antara barisan guru yang hadir
Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Aizat Bisnu dengan isi yang ringkas tapi padat dan mudah difahami oleh golongan kanak-kanak. Setiap ucapan telah diselangi oleh bacaan teks oleh setiap murid.

Isi telah disampaikan oleh Ustaz Aizat Bisnu
Isra’ Mi’raj , adalah dua peristiwa penting yang dilakukan Nabi Muhammad saw dalam satu waktu.

Isra’ , iaitu peristiwa dimana Allah SWT memberangkatkan Rasulullah SAW dari masjidil haram ke Masjidil aqsa. Manakala pengertian Mi’raj pula Peristiwa di mana Rasulullah saw di angkat oleh Allah swt ke langit sampai Sidratul Muntaha yang merupakan tempat tertinggi , dan di sinilah Rasulullah saw mendapatkan perintah solat lima waktu secara langsung daripada Allah swt .

Bacaan teks oleh murid yang terpilih
Semoga ilmu dan isi yang disampaikan akan dapat diambil iktibar kepada semua pelajar dan disampaikan kepada rakan-rakan mereka yang tidak hadir pada pertemuan pagi Jumaat ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...