22 June 2017

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2017 DAN PENYERAHAN SUMBANGAN ANAK YATIM DAN MURID MISKIN


Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2017 telah diadakan pada 25 Ogos 2011 di Dewan Serbaguna SKBPT bertemakan 'Semarak Ramadhan Penjana Akhlak Mulia'.

Majlis ini bertujuan agar guru-guru dapat pengiktirafan setelah berjaya menamatkan tadarrus Al-Quran sepanjang bulan ramadhan. Manakala para Pelajar dapat menghayati keindahan bulan ramadhan dengan ceramah agama serta menerima sumbangan derma ikhlas daripada staf sekolah untuk meraihkan anak-anak yatim dan miskin di sekolah ini. 

Semoga majlis seumpama ini akan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah swt.

Salam Ramadhan 2017 1438H








Senarai anak yatim yang menerima sumbangan.


12 June 2017

PROGRAM MENTOR & MENTEE 2017

Program mentor mentee SK Batu Payong merupakan satu proses interaksi antara guru-guru dan murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2017 pada bulan September ini.

 Program ini melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Guru-guru bukan sahaja menitik beratkan keperluan murid (menteenya), tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan sebelum menjelangnya UPSR kelak

 Guru-guru sebagai ibu bapa di sekolah akan berusaha sebaik mungkin untuk membimbing menteenya menjadi individu yang berjaya bukan hanya dalam peperiksaan, malah dari segi tingkahlakunya.



Puan Hasmah Hamzah (Guru Besar) bersama adik Mohd Hamhar dan Mohammad Ammar

Puan Matilda (Penolong Kanan 1) bersama adik Irma dan Farah Nabila

En. Mazlan (Penolong Kanan HEM) bersama adik Mohd Khairul Samsur

Puan Noriani Manah bersama adik Nina Zarina dan Mohd Khairul Arizal

Ustaz Aizat bersama adik Muhd Rizamrie

En. Daniel bersama adik Ahmad Zawawi

Pn. Sharifah Rozhiah bersama adik Balqis dan Nurul Syahanah

Pn. Fazidatul Azwa bersama adik Ainun dan Nur Syafeka

Pn. Hanisah bersama adik Nuchaya dan Afiqa Suhaila

Pn. Ika Sunarti bersama adik Zuhasri dan Shahrin

Cikgu Jamilah bersama adik Mohd Khairul Samsur

En. Jumadil bersama adik Farizan, Rudiansyah dan Jaslina

Pn. Lizawati bersama adik Erna Marliana

En. Mohd Asri bersama adik Mohd Syamrin

Pn. Mudzleeneh bersama adik Nurul Waheeda dan Ain Natasha

Ustazah Nurjannah bersama adik Nur Faiza

Ustazah Patimah bersama adik Nur Adibah

En. Rosman bersama adik Zakwan dan Mohd Aiman

Cikgu Rosneh bersama adik Asnita dan Riqqisafuan

Pn. Ruslinah bersama adik Muhd Haiqal dan Siti An Nur Farahaniyza

Pn. Sauzanih bersama adik Muhd Abdul Rahman

En. Shaiful Bahri bersama adik Syahlyezza

Ustazah Siti Zanariah bersama adik Wan Khatijah

Ustazah Taiyibah bersama adik Fazalika dan Farah Fino

Pn. Zaiton bersama adik Nurul Syamiza dan Mohd Shah Rizam

Pn. Zuhidah bersama adik Kee Suhaili

En. Mohd Said bersama adik Syahmi Hanafi dan Hafizhan

9 June 2017

SELAMAT DATANG GURU BAHARU (CIKGU NUR FATIHAH)



Cikgu Nur Fatihah LB Abdullah merupakan graduan dalam bidang Pengajian Melayu. Pernah berkhidmat di SK Brumas Tawau dan IPG Kampus Tawau sebagai Pegawai Pengurusan Praktikum sehingga tahun 2017. 

Kini bertugas di SK Batu Payong sebagai guru Bahasa Malaysia dan Penyelaras Pusat Sumber yang baharu.

Beliau aktif dengan pelbagai genre penulisan. Karya-karya seperti puisi dan cerpen tersiar dalam akhbar-akhbar tempatan, majalah dan buku. Juga termuat dalam buku Antologi Cerpen Bersama hasil karya 50 orang Pengkarya Guru Malaysia dan 3 buah Antologi Puisi Bersama.

Cikgu Nur Fatihah juga adalah Ahli Ikatan Penulis Sabah dan ahli Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).

Semoga kehadiran cikgu Fatihah akan memberi harapan sinar baru buat murid-murid SK Batu Payong dalam pelbagai bidang. 
Selamat berkhidmat di sekolah ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...