26 July 2017

SELAMAT DATANG GURU BAHARU (Ustazah Nurul Huda)


Ustazah Nurul Huda merupakan guru yang berasal daripada Kelantan. Pernah berkhidmat di SK Kem kabota Tawau sehingga tahun 2017. 

Kini bertugas di SK Batu Payong Tawau sebagai guru Pendidikan Islam. Seorang cikgu yang sentiasa tersenyum, komited, penyayang kepada anak didiknya dan sentiasa menunjukkan kesungguhan yang tinggi dengan pelbagai tugas yang diberikan.

Warga SK Batu Payong mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas dengan ceria.

PROGRAM PEMULIHAN KHAS PERINGKAT ZON BALUNG


Program Kasih Disemai Budi Ditabur (KDBD) merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Tawau (PPDT) dengan matlamat utama untuk membantu sekolah-sekolah daerah Tawau yang mempunyai jumlah murid pemulihan yang ramai

Antara murid SK Batu Payong yang terpilih:

1. Mohd Rizwan Roy Iswandi (090509120083)
2. Mohd Amirul Asmara (091009120831)
3. Ardi Hazlan Syah Abdullah 090612121877)
4. Marsya Athira Aisyah Muhsin (100101120684)


Berikut merupakan sekitar gambar aktiviti-aktiviti sepanjang dua hari program ini di jalankan di Institut Perguruan Kampus Tawau.

































15 July 2017

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI SKBPT 2017


Majlis sambutan Aidilfitri tahun ini meriah dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Acara tahunan ini merupakan kerjasama antara pihak sekolah dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah. Antara aktiviti yang diadakan adalah:

a) Pertandingan Karaoke kategori Murid
b) Pertandingan karaoke kategori Guru dan Ibu Bapa
c) Pertandingan baju raya keluarga paling sedondon
d) Pertandingan baju raya tercantik kategori guru lelaki, guru wanita, ibu bapa, serta kategori murid lelaki dan perempuan.
e) Permainan belon gergasi




















Jutaan terima kasih buat semua warga penduduk kampung Batu Payong, Kampung Tinagat, Kampung Membalua, Kampung Apas Parit, Kampung Batu 7, serta semua tetamu jemputan yang bersama-sama menyediakan juadah, gotong royong, serta meraihkan sambutan Aidilfitri dengan penuh ceria. 

Semoga berjumpa lagi dalam majlis Aidilfitri tahun hadapan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...