23 September 2017

WAKIL PERTANDINGAN BULAN KEMERDEKAAN DAERAH TAWAU


Sekalung tahniah buat murid  yang mewakili SK Batu Payong dalam sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Daerah Tawau yang diadakan di SK Bombalai baru-baru ini.

Adik MUHAMMAD ZAUMI ZAFEEDIN BIN ZAINUDIN- Nyanyian Solo
Adik DHANIAH KALYSYAH - Pakaian Tradisional
Adik EZANY IRFAN DANISH BIN ZEFFLI - Deklamasi Sajak








Tahniah buat ketiga-tiga wakil. Semoga menjadi inspirasi buat semua murid terus maju dalam mempamerkan bakat masing-masing.

21 September 2017

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN SKBPT (2017)


Pelancaran bulan kemerdekaan 2017, "Negaraku Sehati Sejiwa" peringkat SK batu Payong akhirnya sampai ke penghujungnya. Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan di sini, berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti menarik yang berunsurkan patriotik seperti Pertandingan fesyen baju jalur gemilang tahap I, dan pertandingan Koir Tahap II.

Guru Besar, Puan Hasmah Binti Hamzah, berkata sambutan kali ini dibuat besar-besaran dengan tema `Perpaduan dan Keharmonian', sejajar komposisi pelajar yang memakai baju pelbagai etnik pada pagi itu.

Sambutan Bulan Kebangsaan SK Batu Payong yang dianjurkan sejak 1 Ogos lalu dan ia adalah acara tahunan bagi menyemarakkan semangat patriotik serta cintakan negara dalam kalangan pelajar serta guru sepanjang bulan tersebut. Tahniah buat semua warga SKBPT.


















20 September 2017

WAKIL SKBPT: TOKOH NILAM PERINGKAT ZON BALUNG



Pertandingan Tokoh Nilam Peringkat Zon Balung 
Anjuran SK Bukit Quoin Tawau

Guru Pengiring
1. Pn. Nur Fatihah LB Abdullah (GPM)
2. Cik Rosneh Binti Balang (Guru Bahasa Melayu Tahun 5)

Peserta Tokoh Nilam Bahasa Inggeris
Adik Zinirah Ilyana Binti Ilyab (5A)

Peserta Tokoh Nilam Bahasa Melayu
Adik Mohammad Hakimie Bin Munir (5A)
(Mendapat tempat ketiga)





Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pelajar ini.

13 September 2017

KONSULTANSI LINUS BERSAMA IAB DAN FASILINUS PPD TAWAU


Sebuah program usahasama antara pihak sekolah bersama pegawai pemantau daripada IAB dan Fasilinus-fasilinus terbaik daripada PPD Tawau.

Semoga segala bimbingan, teguran, tunjuk ajar dan segala penambahbaikan akan memberi impak terbaik kepada pengurusan saringan Linus di sekolah ini.


Terima Kasih.

8 September 2017

SOLAT HAJAT UPSR (2017)

solat hajat yang menghimpunkan guru-guru, murid-murid bersama-sama ibu bapa dan penjaga mereka untuk bersama mendoakan kecemerlangan UPSR 2017. 
Semoga anak didik kita akan memperolehi keputusan yang cemerlang.






6 September 2017

SELAMAT DATANG PENOLONG KANAN BARU (En. Awang Jaafar)


Sekali lagi pihak sekolah menerima kedatangan seorang guru baru . Encik Awang Jaafar Pg Abdul Talib merupakan seorang guru yang berasal dari Kota Kinabalu dan pernah menjawat jawatan Penolong Kanan selama 15 tahun di beberapa buah sekolah.

En. Awang Jaafar akan mengisi kekosongan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran menggantikan Puan Matilda Octopianus yang telah berpindah ke SK Sentosa Tawau.

Semoga kedatangan beliau ke sekolah ini akan memberi perubahan dalam peningkatan akademik di sekolah ini.


Selamat datang Cikgu Awang Jaafar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...