16 October 2017

MAJLIS PERPISAHAN: PUAN MATILDA OCTOPIANUS


Satu Majlis Perpisahan yang sederhana dan ringkas  telah diadakan pada hari ini, 16hb Oktober 2017 bertempat diBilik Gerakan SK Batu Payong bagi meraihkan Puan Matilda Octopianus yang telah berpindah ke SK Sentosa. 

Berderai air mata kasih sayang ketika salam menyalam perpisahan antara beliau dengan bekas rakan-rakan guru.

Mula mengajar di sekolah ini pada tahun 2014, beliau merupakan seorang pentadbir yang tegas tapi berhemah tutur katanya. 

Seorang pemimpin yang cerdik, dihormati dan sayangi oleh kakitangan, anak didik, ibu bapa dan guru-guru. Komited dalam menjalankan tugas dan sentiasa turun padang memantau setiap aktiviti.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Semoga berjumpa lagi Puan Matilda Octopianus. Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala sumbangan dan jasa puan sepanjang berkhidmat di sekolah ini.








14 October 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA SKBPT (2017)


Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2017 peringkat SK Batu Payong telah diadakan pada 14 Oktober sempena Hari Sukan Negara. Semua peserta terdiri daripada murid-murid tahap II dan kategori khas ibu bapa.

Seawal jam 7 pagi Pelajar mula berkumpul di dataran padang bagi sedikit taklimat keselamatan daripada guru pendidikan jasmani  kategori masing-masing.  Sedikit senaman pemanasan badan diadakan sebelum memulakan larian tepat pada jam 8 pagi.

Tahniah kepada semua pemenang. Semoga tahun yang seterusnya akan menjalankan aktiviti merentas desa dengan jayanya.


















13 October 2017

KEM BESTARI SOLAT SKBPT (2017)

Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Batu Payong sekali lagi mengambil inisiatif merancang untuk menganjurkan Kem Bestari Solat (KBS) untuk tahun 2017. 







Program ini merupakan sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah yang terlibat.  Secara khususnya, program ini merupakan satu usaha penting untuk memperkasakan amalan wuduk dan solat untuk murid-murid yang masih kurang menguasai dalam melaksanakan perkara fardhu ain.

Penghayatan amali wuduk dan amali solat yang berkesan memungkinkan murid-murid akan lebih yakin dan mantap segi rohani, jasmani dan intelek dalam penghayatan secara berterusan.

Semoga akan melahirkan anak didik yang soleh dan solehah.









9 October 2017

SUKAN TAHUNAN PADANG DAN BALAPAN KALI KE-24 SK BATU PAYONG TAWAU (2017)


Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-24 SK Batu Payong telah berjaya dilaksanakan pada 5.10.2017 dan 8.10.2017, masing-masing bertempat di Padang Sekolah dan Kompleks Sukan Tawau.

Kejohanan sukan kali ini dirasmikan oleh Datuk Haji Nizam Bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan (Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah). Rumah Biru mendominasi pingat sepanjang dua hari sukan ini berlangsung sekaligus dinobatkan sebagai juara keseluruhan untuk tahun ini.

Syabas dan tahniah kepada para pemenang. Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga SK Batu Payong yang bersama-sama menggembleng tenaga demi menjayakan kejohanan sukan untuk kali ini. Begitu juga kepada ibu bapa yang turut hadir memberi sokongan dan memeriahkan acara sukan pada tahun ini.




SXS




























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...