25 January 2017

Sekalung Tahniah atas kenaikan pangkat

"Dua kepuasan yg dcapai setelah berpenat lelah menuntut ilmu ialah saat bergraduat & dinaikkan pangkat."
- cikgu Rosnie -


Sekalung tahniah buat guru-guru SKBPT yang telah dinaikkan pangkat ke gred DG42. Semoga pencapaian dan anugerah ini akan lebih menaikkan semangat untuk mendidik anak bangsa dengan penuh komited.

Tahniah sekali lagi buat Ustaz Aizat, cikgu Jamilah, cikgu Ruslinah dan cikgu Mudzleeneh.

20 January 2017

MAJLIS PENUTUPAN TRANSISI TAHUN 1 (2017)


Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah.

Kecemerlangan murid bermula dari sifat kendiri yang tinggi dan kerjasama antara murid Secara tidak langsung, potensi diri murid dapat dibangunkan menyumbang kepada tingkah laku positif ke arah kejayaan samada akademik mahupun ko-kurikulum.

Berbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang 3 minggu transisi ini dijalankan. Antaranya sesi lawatan ke persekitaran sekolah, perkenalan dengan guru-guru, aktiviti sukan dan permainan, nyanyian, aktiviti pengukuhan matapelajaran, serta kemahiran asas untuk murid-murid baru ini membina keyakinan diri untuk menjadi seorang pelajar.

Sesi akhir transisi adalah sesi pembahagian hadiah kepada semua pelajar yang memperolehi markah yang tinggi dalam setiap aktiviti dan ucapan penuh berhikmah yang disampaikan oleh Penolong Kanan 1 dan Penolong Kanan HEM kepada semua ibu bapa yang hadir








13 January 2017

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKBPT 2017


“Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah”

Panitia Pendidikan Agama Islam SKBPT sekali lagi menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul  untuk memperingati pengorbanan Rasulullah s.a.w.  “Ukhuwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah” telah diangkat tahun ini sebagai tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini.

Antara aktiviti yang mengisi sambutan Maulidur Rasul tahun ini adalah seperti perarakan sambil melaungkan zikir ke atas Rasulullah, ceramah ilmiah oleh ustaz Aizat Bisnu, persembahan nasyid oleh murid-murid tahun 6, serta bacaan sajak memuji Rasulullah s.a.w oleh adik Hasana dan adik Aisyah daripada kelas tahun 6 Amanah.

Semoga aktiviti seperti akan memberi manfaat buat semua murid-murid dalam membangunkan semangat ummah.












4 January 2017

SELAMAT DATANG GURU BARU (CIKGU LIZAWATI)


Patah tumbuh hilang berganti.

Begitulah lumrah kehidupan di alam persekolahan SK Batu Payong Tawau. Tahun ini SKBPT telah menerima kedatangan seorang guru baru yang berasal dari Tawau tetapi telah lama berkhidmat di semenanjung. 

Cikgu Lizawati Binti Herman merupakan seorang guru yang aktif dalam sukan dan permainan. Beliau merupakan bekas Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan kesihatan disamping berjawatan sebagai Jurulatih Utama (JU) kebangsaan dalam bidak sukan.

Semoga kepakaran dan kemahiran cikgu Liza akan memberi impak perubahan dalam mutu sukan dan permainan di SK Batu Payong kelak. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...