30 January 2018

WAKIL SKBPT : MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH TAWAU


Seramai 10 orang pelajar terpilih untuk mewakili SKBPT dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah  yang diadakan di SK Bandar Tawau II. Tahniah buat peserta yang mengambil bahagian.







22 January 2018

PROGRAM MEMBUNGKUS BUKU BERSAMA IBU BAPA TAHUN 1

Selepas berakhirnya Program Transisi Tahun 1, sebuah lagi jalinan kerjasama antara guru dan ibu bapa diadakan melalui program membungkus buku teks yang diadakan di dewan sekolah.

Semoga balutan buku teks yang kemas dan cantik daripada semua ibu bapa akan memberi semangat kepada anak-anak didik untuk terus belajar dengan tekun.


Ibu bapa berbincang sesama sendiri mengenai buku teks yang akan dibungkus 


anak-anak juga turut membantu ibu membungkus buku

19 January 2018

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SKBPT (2018)


Bertemakan konsep Guru Penyayang iaitu "Minda Cerdas Mata Bercahaya", Program Transisi Tahun 1 2018 telah berjaya dilaksanakan sepanjang tiga minggu. Pelbagai gelagat anak anak Tahun 1 yang dapat di jadikan kenangan manis sepanjang minggu tersebut. 

Semoga pelaksanaan Program Transisi tahun ini akan membantu membantu muri-murid untuk menghadapi perubahan dari pendidikan tidak formal di tadika atau rumah ke pendidikan formal di tahun satu sekolah rendah.

Murid menjalani ujian Diagnostik

Taklimat program Transisi oleh guru-guru tahun 1

Murid bermain akitivit huruf dan suku kata


Aktiviti luar oleh cikgu Jamilah dan cikgu Daniel 


Taklimat perjalanan program Transisi kepada ibu bapa/ penjaga



Mengenal guru dan rakan sebaya




ucapan Perasmian penutupan oleh puan Hasmah Hamzah



Ibu bapa yang hadir dalam majlis penutupan



Pengerusi PIBG bersama Barisan pentadbir sekolah





Persembahan nyanyian oleh murid-murid 

Penyampaian hadiah kepada pemenang setiap aktiviti












12 January 2018

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ASIAH IBRAHIM


MAJLIS PERSARAAN 
NAMAMU DIJULANG, JASAMU DIKENANG
CIKGU ASIAH BINTI IBRAHIM

TARIKH: 12 Januari 2018
HARI: Jumaat
TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA SK BATU PAYONG

Sebuah majlis persaraan buat cikgu Asiah yang bakal berpisah dengan semua warga SK Batu Payong. Sebagai makluman, Cikgu Asiah telah berkhidmat selama 38 tahun dalam dunia pendidikan. 

Di SK Batu Payong, beliau telah menabur bakti selama 15 tahun. Bermula tahun 2003, cikgu Asiah telah menyandang jawatan sebagai Penolong Kanan KO-KUM sebelum bertukar jawatan ke Penolong Kanan HEM pada tahun 2013. 

Setelah sekian lama, beliau akhirnya menjadi guru biasa pada tahun 2016 sehingga tamat perkhidmatannya pada tahun ini.

Terima kasih cikgu Asiah
Di dunia pendidikan engkau bertahan
Mengajar anak didik kita tentang kehidupan
Gelanggang pendidikan diri diperhambakan
Modal insan jadi janaan
Memacu kejayaan di arena pendidikan
Hingga ke satu detik bernama PERSARAAN

- sekitar gambaran majlis persaraan cikgu Asiah Ibrahim-
v
v
v
v






Cikgu Asiah menandatangani buku kedatangan buat kali terakhir.





Ucapan oleh wakil murid tahun 6

Ucapan alu-aluan oleh Penolong Kanan KOKUM puan Noriani Manah














Lambaian Terakhir Cikgu Asiah.. Jasa mu akan sentiasa dikenang sepanjang zaman.

Terima kasih cikgu Asiah
Terima kasih berkali lagi
terima kasih sekalung budi
TERIMA  KASIH
TERIMA KASIH CIKGU

Semoga berjumpa lagi.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...