PENDAHULUAN
Pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang adalah hasil
gabungan intelek,jasmani,rohani,
emosi dan sosial yang berpotensi tinggi.Ia
terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara.Sehubungan dengan itu maka Sekolah
Kebangsaan Batu Payong Tawau akan mengadakan satu Temasya / Karnival Sukan
Tahunan yang menjurus ke arah pembentukan insan yang seimbang itu.Ia
dilaksanakan secara permuafakatan antara Guru-guru dan Warga sekolah dan untuk
pertama kalinya akan diadakan di Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau.Temasya
Sukan ini dinamakan “Kejohanan Sukan Padang & Balapan” yang mana aktiviti wajib kokurikulum setiap sekolah.
RASIONAL
Sukan adalah aktiviti yang
sihat dan mampu mencegah kegiatan tidak berfaedah. Murid yang aktif bersukan
boleh menghindarkan diri daripada gejala yang tidak sihat dan cemerlang di
dalam pelajaran.Justeru sukan sekolah boleh mencungkil bakat murid dalam bidang
sukan.
OBJEKTIF
- Memenuhi keperluan murid untuk beriadah dan
bersukan.
- Melahirkan insan yang berdaya saing dan berlumba-lumba.
- Memupuk semangat berkerjasama dan kerja berpasukan.
- Mengilap potensi murid dalam bidang sukan ke
peringkat yang lebih tinggi.
- Memilih 24 orang murid untuk mewakili sekolah ke
MSSD Tawau.
SASARAN
Semua murid-murid Tahap 1 dan 2 Sekolah Kebangsaan Batu
payong, Tawau.
NAMA
Kejohanan Padang & Balapan 2015
PENGANJUR
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU PAYONG
TEMA
“1 tranformasi sukan”
PEMILIHAN
DAN LATIHAN
5 Oktober – 14 Oktober 2015
MASA PEMILIHAN/LATIHAN
7.10 – 08.40 Pagi
TARIKH KEJOHANAN
15 Oktober 2015 (Akhir
acara Padang), (Sukaneka Tahap 1) (Tempat: Padang SK Batu Payong)
17 Oktober 2015
(Akhir Acara Balapan) (Tempat: Padang Kampung Batu Payong)
TEMPAT KEJOHANAN
Padang SK Batu Payong Tawau / Padang Kampung Batu Payong