29 October 2012

PELANCARAN AKTIVITI HARI WARGA EMAS

Pada 19 Oktober hingga 22 Oktober 2012 telah dilancarkan aktiviti Hari Warga Emas yang disambut pada 1 Oktober setiap tahun. Aktiviti yang dirancangan bagi menghargai sumbangan warga emas kepada masyarakat.
Aktiviti pertama sempena aktiviti  Hari Warga Emas, semua warga sekolah  mendengar Perutusan Hari Warga Emas  yang dibacakan oleh PK. Hem En. Johanis Kropong.

Murid SK. Batu Payong , Tawau


Bacaan Perutusan Hari Warga Emas oleh PK.HEM En. Johnanis Kropong
PK.1 En. Suhaidi Adnin turut hadir ke majlis tersebut
Murid Tahun 6

Murid Tahun 5 dan 4

Murid Tahun 1



Murid Tahun 6 seramai 20 orang telah dipilih untuk menjawab dan melengkapkan Borang Senarai Semak Hari Warga Emas . Borang senarai semak ini salah satu aktiviti untuk mendapatkan respon mengenai pengetahuan pelajar " Siapakah yang disebut warga emas ".




25 October 2012

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA SKBPT 2012



Antara objektif program ini adalah

Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan
Menggerakkan program galakan membaca
Memupuk minat membaca secara berterusan
Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan

Antara contoh pengisian program yang berlangsung di SK Batu Payong :-

1. Membaca beramai-ramai dalam perhimpunan khas di bawah penyeliaan guru masing-masing.

2. Membaca secara chorus di hadapan kelas.

3. Membaca  secara individu dihadapan kelas diikuti dengan soalan quiz berdasarkan petikan yang dibaca..

4. Membaca dalam kumpulan.

5. Pertandinagn dan Sesi bercerita.





















14 September 2012

Ceramah Daripada Jabatan Kesihatan Pergigian 2013



Penjagaan gigi amat penting dalam kehidupan seharian. Senyuman yang manis bermula daripada gigi yang putih berseri. Demikian ceramah ini telah memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak agar sentiasa rajin menjaga kesihatan gigi setiap hari.





13 September 2012

Ceramah Daripada Jabatan Penjara Malaysia 2012


Ceramah ini memberi pendedehan kepada murid-murid tahun 6 yang bakal memasuki ke alam persekolah Menengah kelak. 
Antara yang menarik perhatian adalah sesi penayangan gambar-gambar para penjenayah yang menerima hukuman sebat atas setiap jenayah yang dilakukan. 
Adalah diharapkan selepas tayangan dan ceramah ini, murid-murid tahun 6 bakal menunjukkan teladan dan sikap yang baik demi masa depan bangsa dan negara.





11 September 2012

SUASANA HARI PERTAMA UPSR 2012

Pada 11 September 2012 merupakan hari pertama UPSR 2012, peperiksaan ini berlansung tiga hari dan berakhir pada  13 September 2012. Seramai 48 orang pelajar Tahun 6 menduduki peperiksaan ini, mereka merupakan wira dan wirawati sekolah.Seluruh warga sekolah mendoakan kejayaan yang gemilang bagi calon USR 2012 ini.

Bacaan Doa untuk kejayaan yang cemerlang
PK1 En. Suhaidi Adinin turut memberi motivasi  kepada calon UPSR
Ust. Aizat Bisnu turut memberi motivasi kepada calon UPSR
Berbaris dan memohon restu sebelum ke kelas peperiksaan
Calon UPSR




Cikgu Hjh. Hanisah turut memberi motivasi kepada calon

Cikgu Zaiton memberi motivasi kepada calon 










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...