22 January 2016

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI 2016


Majlis Penutupan Program Transisi 2016 Tahun 1 telah selamat dirasmikan oleh Guru Besar sekolah 
Encik Ahmad Hakim Bin Jaafar.
Adalah diharapkan murid-murid tahun satu ini dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat di samping dapat meningkatkan minat dan semangat murid-murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah.





























21 January 2016

AKTIVITI PROGRAM TRANSISI 2016 SEPANJANG MINGGU


Program Transisi 2016 berjalan dengan baik dengan berbagai aktiviti dijalankan oleh guru-guru untuk menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid-murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran  secara formal di Tahun Satu.






























4 January 2016

HARI PENDAFTARAN TAHUN 1 DAN PERASMIAN PROGRAM TRANSISI & GURU PENYAYANG 2016


SELAMAT DATANG KE SEKOLAH KEBANGSAAN BATU PAYONG TAWAU SABAH. 

Sebuah sekolah yang tersergam dengan pemandangan yang indah berhadapan dengan laut yang terbentang luas.

Warga SK Batu Payong mengucapkan selamat datang kepada semua ibu bapa yang mendaftarkan anak-anak mereka untuk masuk ke Kelas Pra Sekolah dan Tahun 1 di sekolah ini. 

Sesungguhnya program Guru Penyayang ini akan mewujudkan pengurusan, persekitaran sekolah, guru dan kakitangan sekolah, murid, ibu bapa serta komuniti yang saling bekerjasama ke arah mewujudkan sekolah dan masyarakat penyayang. Semoga budaya perpaduan dapat diwujudkan dalam kalangan seluruh warga sekolah SK Batu Payong.














2 January 2016

Mesyuarat Pengurusan Sekolah kali Pertama 2016



Mesyuarat awal tahun diadakan antara pihak pentadbir sekolah dengan guru-guru dan anggota kumpulan sokongan bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan sekolah untuk tahun 2016







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...