1 August 2016

ENGLISH LANGUAGE WEEK IN CAMP 2016


"English In Camp 2016" telah dianjurkan oleh Panitia Bahasa Inggeris bagi mencungkil bakat murid murid untuk mempraktikkan penggunaan bahasa tersebut dalam seharian. Sepanjang minggu tersebut, murid murid dan semua kakitangan sekolah akan berkomunikasi dalamn Bahasa Inggeris. 

Dua orang guru Praktikum iaitu teacher Tai dan teacher Daphne adalah tunjang belakang dalam memastikan program ini berjalan dengan jayanya.

Antara aktiviti yang diadakan dalam minggu tersebut adalah seperti a. Year 1 Rhyming Competition
b. Year 2 Poem Recitation
c. Year 3 Poem Recitation
d. Year 4 Storytelling
e. Year 5 Storytelling
Murid-murid akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Tahap I dan Tahap II.

















































Semoga aktiviti ini akan dapat menyemai di jiwa murid-murid tentang pentingnya penguasaan bahasa kedua ini dalam menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi.

30 July 2016

SAMBUTAN AIDILFITRI SKBPT 2016


Riang Ria aidilfitri SKBPT telah diraikan dengan penuh warna warni oleh seluruh masyarakat Kampung Batu Payong dan sekitarnya. Aktiviti tahunan ini dirancang oleh pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi mengeratkan jalinan silaturrahim antara guru-guru, murid, ibu bapa dan masyarakat umumnya.

Jutaan terima kasih buat Yang DiPertua PIBG, Puan Hasnah Junaidi yang berusaha keras dari awal nbagi memastikan program seumpama ini dijalankan dengan jayanya.

Selain jamuan kuih muih dan juadah makanan minuman, pelbagai aktiviti lain juga diadakan seperti cabutan nombor bertuah, pertandingan baju raya tercantik bagi kategori murid, guru, dan ibu bapa, kad top up siapa cepat dia dapat, serta nyanyian lagi karaoke hari raya.



































Semoga berjumpa lagi dalam Sambutan Hari Raya tahun hadapan.

4 July 2016

PERTANDINGAN KELAS TERCANTIK

PERTANDINGAN KELAS TERBERSIH

Kelas 3 Amanah dan kelas Tahun 4 Amanah sekali lagi memenangi perandingan kelas terbersih buat kali kedua berturut-turut. Kelas 3 Amanah mewakili kategori Tahap I manakala kelas 4 Amanah juara bagi Tahap II.





Sekalung Tahniah buat kelas-kelas yang berjaya merangkul nama sebagai kelas tercantik dan terbersih sepanjang bulan Januari hingga bulan Julai 2016. Semoga ianya akan memberi perangsang dan semangat buat kelas-kelas lain untuk turut sama menghias dan mencantikkan suasana kelas yang kondusif.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...