6 February 2017

PROGRAM JOM KE SEKOLAH (2017)


PROGRAM JOM KE SEKOLAH (2017)

TARIKH : 6 FEBRUARI 2017 (ISNIN)

MASA : 7.30 PAGI HINGGA 8.05 PAGI (WAKTU PERHIMPUNAN PAGI)

TETAMU JEMPUTAN : PEGAWAI POLIS PERHUBUNGAN SEKOLAH

Sebuah program yang julung kalinya diadakan di setiap sekolah seluruh negara telah dilancarkan serentak pada hari ini. Program ini bermatlamat mengubah tingkahlaku setiap murid yang negatif ke arah yang positif disamping dapat mendidik murid untuk menghormati serta mengikuti peraturan sekolah.

Semoga pelancaran program ini akan dapat menarik minat murid ke sekolah sekaligus dapat mengurangkan masalah ponteng. Pembangunan sahsiah diri murid perlu dipertingkatkan bagi menjamin kesejahteraan individu untuk pembangunan negara.

Bacaan ikrar oleh guru bertugas

Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar sekolah


Pegawai Polis Perhubungan sekolah sebagai tetamu undangan khas.
Ikrar murid oleh ketua Murid





2 February 2017

HARI PAUTAN KASIH BERSAMA WARIS TAHUN 6 (2017)


HARI PAUTAN KASIH BERSAMA WARIS TAHUN 6 (2017)

Sebuah pertemuan khas di adakan d sekolah antara guru-guru bersama ibu bapa murid tahun 6 yang akan menduduki ujian UPSR pada tahun ini. 

Program ini diadakan setiap tahun dengan objektif utamanya adalah untuk memberi ruang untuk membina silaturrahim dan kerjasama antara guru dan ibu bapa serta sebagai platform perkongsian ilmu dan buah fikiran bagi membina kejayaan anak-anak.

Selain Pemakluman awal perstasi anak-anak, perjumpaan ini juaga telah memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang tanggungjawab bersama dalam mendidik anak-anak.

Semoga aktiviti seumpama ini akan memberi motivasi kepada murid-murid Tahun 6 untuk membuat persediaan awal menghadapi UPSR 2017 kelak.




Antara ibu bapa yang hadir





Pengerusi PIBG bersama barisan pentadbir sekolah

Cikgu Ruslinah, Ustazah Patimah, dan Cikgu Hajah Hanisah

25 January 2017

Sekalung Tahniah atas kenaikan pangkat

"Dua kepuasan yg dcapai setelah berpenat lelah menuntut ilmu ialah saat bergraduat & dinaikkan pangkat."
- cikgu Rosnie -


Sekalung tahniah buat guru-guru SKBPT yang telah dinaikkan pangkat ke gred DG42. Semoga pencapaian dan anugerah ini akan lebih menaikkan semangat untuk mendidik anak bangsa dengan penuh komited.

Tahniah sekali lagi buat Ustaz Aizat, cikgu Jamilah, cikgu Ruslinah dan cikgu Mudzleeneh.

20 January 2017

MAJLIS PENUTUPAN TRANSISI TAHUN 1 (2017)


Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah.

Kecemerlangan murid bermula dari sifat kendiri yang tinggi dan kerjasama antara murid Secara tidak langsung, potensi diri murid dapat dibangunkan menyumbang kepada tingkah laku positif ke arah kejayaan samada akademik mahupun ko-kurikulum.

Berbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang 3 minggu transisi ini dijalankan. Antaranya sesi lawatan ke persekitaran sekolah, perkenalan dengan guru-guru, aktiviti sukan dan permainan, nyanyian, aktiviti pengukuhan matapelajaran, serta kemahiran asas untuk murid-murid baru ini membina keyakinan diri untuk menjadi seorang pelajar.

Sesi akhir transisi adalah sesi pembahagian hadiah kepada semua pelajar yang memperolehi markah yang tinggi dalam setiap aktiviti dan ucapan penuh berhikmah yang disampaikan oleh Penolong Kanan 1 dan Penolong Kanan HEM kepada semua ibu bapa yang hadir








13 January 2017

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKBPT 2017


“Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah”

Panitia Pendidikan Agama Islam SKBPT sekali lagi menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul  untuk memperingati pengorbanan Rasulullah s.a.w.  “Ukhuwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah” telah diangkat tahun ini sebagai tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini.

Antara aktiviti yang mengisi sambutan Maulidur Rasul tahun ini adalah seperti perarakan sambil melaungkan zikir ke atas Rasulullah, ceramah ilmiah oleh ustaz Aizat Bisnu, persembahan nasyid oleh murid-murid tahun 6, serta bacaan sajak memuji Rasulullah s.a.w oleh adik Hasana dan adik Aisyah daripada kelas tahun 6 Amanah.

Semoga aktiviti seperti akan memberi manfaat buat semua murid-murid dalam membangunkan semangat ummah.












4 January 2017

SELAMAT DATANG GURU BARU (CIKGU LIZAWATI)


Patah tumbuh hilang berganti.

Begitulah lumrah kehidupan di alam persekolahan SK Batu Payong Tawau. Tahun ini SKBPT telah menerima kedatangan seorang guru baru yang berasal dari Tawau tetapi telah lama berkhidmat di semenanjung. 

Cikgu Lizawati Binti Herman merupakan seorang guru yang aktif dalam sukan dan permainan. Beliau merupakan bekas Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan kesihatan disamping berjawatan sebagai Jurulatih Utama (JU) kebangsaan dalam bidak sukan.

Semoga kepakaran dan kemahiran cikgu Liza akan memberi impak perubahan dalam mutu sukan dan permainan di SK Batu Payong kelak. 

11 December 2016

SELAMAT DATANG GURU BESAR BARU- PUAN HASMAH HAMZAH

Terbang helang di hujung salang,
Hinggap berdua di dahan kasar
Pencetus wawasan pemangkin gemilang
Bernaung khidmat puan guru besar


Seluruh warga SK Batu Payong merasa berbesar hati  mengalu-alukan kedatangan puan Guru Besar Puan Hasmah binti Hamzah yang kami nanti-nantikan ke sekolah yang indah di tepian pantai ini.

Semoga dengan kedatangan puan Guru Besar dapat menyemarakkan lagi semangat, iltizam, memperkuatkan tekad, memperkasakan ikhtiar bagi memajukan dan mengangkat taraf SK Batu Payong ke tahap yang lebih baik mencapai pendidikan yang cemerlang dalam segala aspek.

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Kedatangan puan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

"Selamat datang kami ucapkan"

24 November 2016

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU BAHRIANI DAN CIKGU BIBI NORLIJANNAH

Bunga Kemboja putih berseri 
Putihnya melur diujung dahan 
Atas hubungan kerja serta pertolongan yang diberi 
Puji syukur serta terima kasih kami ucapkan.







Hari-hari terakhir persekolahan, sebuah lagi berita yang mengejutkan semua warga SKBPT apabila mendapat khabar berita dua orang guru harapan dapat berpindah ke sekolah pilihan mereka. Tidak terungkap dengan kata-kata, berita ini memang menyedihkan memandangkan ianya hadir setelah keputusan UPSR 2016 SKBP diumumkan cemerlang dengan jayannya.

Cikgu Bahriani telah berkhidmat di sekolah ini selama 10 tahun. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau seorang guru bahasa Inggeris yang rajin dan penuh berdedikasi. Sentiasa awal datang ke sekolah dan lewat pulang dari sekolah bagi memberi sepenuh komitmen kepada anak anak didik nya di sekolah. Selaku penyelaras Linus sekolah, terdapat peningkatan dalam kaedah membaca dan menulis bagi murid-murid tahap 1 yang lemah.

Manakala cikgu Bibi yang baru bertugas seawal tahun 2013, merupakan seorang guru Matematik tahun 6 yang banyak menyumbangkan khidmat dan sentiasa disayangi oleh anak didiknya. Beliau juga merupakan guru Pusat Sumber yang kreatif dan jitu membangunkan aktiviti-aktiviti pusat sumber . 

Cikgu Bahriani akan memulakan tugas awal tahun 2017 di SK Titingan Tawau, manakala cikgu Bibi akan bertugas di ST Mary Sandakan..

Tahniah dan syabas buat kedua orang guru ini. Salam kerinduan dan selamat bertugas d sekolah baru. Semoga berjumpa lagi.

18 November 2016

MAJLIS PERPISAHAN GURU PRAKTIKUM PENDIDIKAN ISLAM

Majlis Perpisahan Guru Praktikum 2016

Majlis perpisahan yang ringkas, namum penuh bermakna buat dua guru pelatih yang akan menamatkan latihan pada hari ini. Sepanjang 3 bulan berkhidmat, banyak sumbangan dan jasa-jasa yang mereka taburkan untuk membantu para guru SKBPT menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah.

Terima kasih buat Ustazah Saimah dan Ustazah Farha. Semoga menjadi seorang ustazah yang berdedikasi bila penempatan di sekolah baru kelak.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...