16 May 2017

SAMBUTAN HARI GURU 2017

SAMBUTAN HARI GURU 2017


Sambutan Hari Guru SKBPT tahun ini amat meriah kerana kali ini bersama-sama diraihkan oleh beberapa muka baru. Antaranya Guru Besar Puan Hasmah Hamzah, Penolong Kanan KOKUM puan Noriana Manah serta cikgu Lizawati Herman.

Pelbagai aktiviti hebat telah dirancang bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari guru 2017 untuk memberi penghargaan kepada diri sendiri setelah penat lelah mendidik anak bangsa dengan gigih.  

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Majlis Bacaan tahlil dan doa kesyukuran, persembahan guru-guru dan murid tahun 6, nyanyian lagu kebangsaan, lagu Guru Pembina Negara Bangsa, lagu Kami Guru Malaysia, bacaan Ikrar dan acara sukaneka. Tidak ketinggalan juga acara memotong kek dan majlis cabutan hadiah bertuah sebagai penutupan acara Hari Guru pada hari ini.


Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar Puan Hasmah

Bacaan Yassin dan Tahlil sebagai tanda kesyukuran

Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanahairku, Kami Guru Malaysia dan Lagu Guru Pembina Negara Bangsa 

Wanita Perkasa SKBPT
AKTIVITI SUKANEKA
Sukaneka Bowling botol

Memancing Botol menggunakan gelung

Semangat Berpasukan

Pasukan Biru

Pasukan Merah

Pasukan Kuning

Tiup tepung








Tahniah Kuning juara acara tiup tepung


Acara memotong kek oleh barisan pentadbir sekolah
AKTIVITI CABUTAN HADIAH BERTUAH GURU-GURU DAN STAFF
Cikgu Matilda, cikgu Rosneh, cikgu Liza, cikgu Zuhidah, Ustaz Aizat, cikgu Shaiful, cikgu Said, cikgu Rosman

Ustazah Nurjannah, puan Irdawati, ustazah Sti Zanariah, ustazah Taiyibah, ustazah Patimah, cikgu Ruslinah, puan Shima, puan Rusnani

cikgu Hanisah, cikgu Sauzanih, cikgu Ika Sunarti, cikgu Asiah, cikgu Daniel, cikgu Asri, cikgu Sharifah, cikgu Ahmad Faisal

gambar atas: Tangisan seorang guru (cikgu Hanisah)
gambar bawah : cikgu Mazlan, cikgu Fazidatul,  cikgu Mudzlineh, cik Hanizah, Puan Anita, Encik Mulok

TERIMA KASIH BUAT SEMUA KAKITANGAN DAN MURID-MURID YANG MENJAYAKAN MAJLIS HARI GURU TAHUN INI.

SEMOGA BERJUMPA LAGI MAJLIS HARI GURU TAHUN HADAPAN

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA" 

5 May 2017

CERAMAH ISRA' DAN MI'RAJ SKBPT 2017

CERAMAH ISRA' MI'RAJ SKBPT 2017


Segala puji hak mutlak milik ALLAH SWT semata yang dengan kurnianya kita di berikan penerangan cahaya keimanan di dalam hati semua. Shalawat dan Salam semoga dicurahkan kepada nabi MUHAMMAD SAW yang menjadi suri tauladan di setiap aspek kehidupan bagi umatnya.

Ucapan alu-aluan oleh Penolong Kanan 1 Puan Matilda Octopianus
Pada pagi Jumaat yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan ceramah ringkas bagi memperingati satu kejadian yang sangat istimewa dan satu satunya hamba ALLAH SWT yang mengalaminya iaitu Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad SAW. 

Antara barisan guru yang hadir
Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Aizat Bisnu dengan isi yang ringkas tapi padat dan mudah difahami oleh golongan kanak-kanak. Setiap ucapan telah diselangi oleh bacaan teks oleh setiap murid.

Isi telah disampaikan oleh Ustaz Aizat Bisnu
Isra’ Mi’raj , adalah dua peristiwa penting yang dilakukan Nabi Muhammad saw dalam satu waktu.

Isra’ , iaitu peristiwa dimana Allah SWT memberangkatkan Rasulullah SAW dari masjidil haram ke Masjidil aqsa. Manakala pengertian Mi’raj pula Peristiwa di mana Rasulullah saw di angkat oleh Allah swt ke langit sampai Sidratul Muntaha yang merupakan tempat tertinggi , dan di sinilah Rasulullah saw mendapatkan perintah solat lima waktu secara langsung daripada Allah swt .

Bacaan teks oleh murid yang terpilih
Semoga ilmu dan isi yang disampaikan akan dapat diambil iktibar kepada semua pelajar dan disampaikan kepada rakan-rakan mereka yang tidak hadir pada pertemuan pagi Jumaat ini.

30 April 2017

PERKEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKBPT 2017

Sesi Ice Breaking

Lebih kurang 100 orang pelajar telah menyertai perkhemahan ini sesi 2017 kali ini. Setiap unit telah menghantar seramai 20 orang ahli wakil yang terdiri daripada Pasukan Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Pasukan Puteri Islam (PPIM), serta kumpulan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).

Perkemahan kali ini menampilkan kelainan dari segi aktiviti seperti kebiasaanya. Selain ice breaking dan aktiviti berkumpulan, para peserta turut didedahkan dengan latihan "pemasangan jerat", cabaran "rempuh halangan" yang lebih hebat, serta pertandingan Ratu dan Raja Rimba.

Aktiviti-aktiviti lain adalah seperti Cooperative Game, Sayang Si Buta, ketatanegaraan, Cergas Pagi, serta aktiviti ibadah yang menguji  ketahanan mental dan fizikal para pelajar.

Aktiviti Memasang Jerat

Rempuh Halangan : Memanjat Tembok Besar Cina

Rempuh Halangan: Gerak Biawak

Semoga aktiviti-aktiviti perkhemahan kali ini diharapkan dapat melatih pelajar supaya berdikari dan bersedia dalam menghadapi keadaan serba kekurangan. Selain itu, ia diadakan untuk memupuk nilai-nilai murni dan semangat muafakat antara ahli dalam kumpulan. 

Komitmen para guru amatlah tinggi dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa dalam keadaan baik dan terjaga. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru pembimbing  yang sudi berkhidmat dengan ikhlas tanpa mengenal erti penat dan lelah.

Malam Kebudayaan: Raja dan Ratu Rimba

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Penolong Kanan KO-Kurikulum SK Batu Payong Puan Norianah Manah. Semoga berjumpa lagi dalam siri perkemahan akan datang.

Majlis Perasmian Penutupan dan penyampaian hadiah

Sesi Bergambar

29 April 2017

Lawatan Yang Berhormat DATUK DR. MARY YAP KAIN CHIN.



Perkemahan Unit Beruniform kali ini amat bertuah kerana telah dikunjungi oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi iaitu Yang Berhormat DATUK DR. MARY YAP KAIN CHIN. 

Selain melawat tapak perkemahan, Yang Berhormat juga telah memberi kata-kata perangsang kepada setiap peserta untuk terus memperkasakan jati diri bagi membentuk insan pelajar yang lebih sempurna. YB Datuk Puan Mary juga sempat mengikuti aktiviti pemasangan jerat dan sama-sama mengambil gambar kenangan kepada semua peserta dan guru pembimbing.

YB Datuk mencuba jerat yang siap dipasang





Terima kasih Yang Berhormat DATUK DR. MARY YAP KAIN CHIN.

KEM SUKAN SEKOLAH SKBPT 2017

Kem Sukan Sekolah 
~ Bola Baling ~


Berbekalkan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki, cikgu Lizawati dengan kerjasama Setiausa Sukan cikgu Asri telah mengadakan Kem yang memberi peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat dan kemahiran dalam sukan Bola Baling.

Setiap murid akan dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil bagi memberi peluang kesemua murid tahap II untuk merasai sendiri nikmat permainan yang julung-julung kali diperkenalkan di sekolah ini.


Semoga Pendedahan ini diharapkan akan dapat mencungkil bakat-bakat baharu bagi mewakili nama sekolah ke peringkat yang lebih jauh.

25 April 2017

"JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT" SKBPT 2017


Para pelajar disarankan supaya meluangkan masa selama 10 minit untuk sama-sama meraikan program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit pada 25 April nanti bermula dari jam 11 hingga 11.15 pagi.

Semoga program seumpama ini akan melahirkan anak didik yang menjadikan membaca sebagai amalan hidup seharian. Tahniah buat penyelaras Pusat Sumber juga kepada semua guru-gur yang menjayakan program budaya membaca ini

Aneka gaya murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 mengambil masa 10 minit yang terluang untuk menelaah buku masing-masing


17 April 2017

KEMPEN JOM DATANG AWAL KE SEKOLAH 2017


Kempen Jom datang Awal ke Sekolah 2017

Pelancaran kempen jom datang awal ke sekolah dirasmikan oleh Guru Besar Puan Hasmah Hamzah dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid. Kempen ini bertujuan mengalakkan murid murid untuk datang seawal mungkin ke sekolah dan tidak tercicir pelajaran akibat kelewatan untuk hadir pada tepat waktu persekolahan. 

Para ibu bapa juga diharapkan dapat menghantar awal anak anak mereka ke sekolah. Semoga kempen ini berjalan lancar dan semua murid SKBPT dapat hadir awal ke sekolah.


"Tepat Pada Waktu, Masa Itu Emas"

4 April 2017

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2017

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2017

Kem Membaca 1Malaysia SKTM 2017 disempurnakan pelancarannya oleh Penolong Kanan 1 Puan Matilda Octopianus. 

Dalam ucapannya, beliau mengharapkan budaya membaca akan menjadi tabiat kepada seluruh warga SK Batu Payong. Kem Membaca 1Malaysia merupakan satu program KPM yang dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid sekolah. 


Antara program utama yang dilaksanakan sepanjang minggu di sekolah ini ialah 

1. Nyanyian lagu Membaca Gaya Wawasan
2. Bacaan 30 minit
3. Pertandingan Mewarna Tahap I
4. Pertandingan Mewarna kulit Buku Tahap II
5. Bicara buku 10 minit
6. Teka Silang Kata English dan Malay
7. Spelling Bee
8. Pertandingan Tulisan Khat Tahap I dan II


Kem Membaca 1Malaysia SK Batu Payong oleh Unit PSS yang diterajui oleh guru baru Pn. Lizawati Binti Herman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...