16 August 2017

PERTANDINGAN TUGU KREATIF

Sebuah aktiviti Ko-Kurikulum yang memaparkan semangat kerjasama dan toleransi setiap ahli untuk membentuk tugu manusia yang kreatif. Syabas diucapkan kepada Kelab yang yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini.






15 August 2017

DIALOG PRETASI BERSAMA WARIS MURID TAHUN 6 (2017)


PERJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA MURID-MURID TAHUN 6 YANG AKAN MENGHADAPI UPSR 2017 TELAH DIADAKAN BERTEMPAT DI BILIK GERAKAN SK BATU PAYONG. KEHADIRAN IBU-BAPA/ PENJAGA AMATLAH MENGGALAKKAN.

PERANCANGAN AKTIVITI UNTUK AHUN 6, PRESTASI CALON DALAM UJIAN PERTAMA, DAN PELBAGAI ISU SEMASA MENGENAI SAHSIAH DAN PERKEMBANGAN ANAK-ANAK DIDIK TELAH DIBENTANGKAN KEPADA SEMUA UNTUK PERHATIAN DAN TINDAKAN SELANJUTNYA. 









13 August 2017

TAHNIAH ADIK NORELLY DIANA ABDUL MANAN



Tahniah buat adik Norelly Diana (8 tahun) kerana berjaya mendapat johan Kategori A Pertandingan Karaoke Idola Kecil Musim Ke-2 anjuran McDonald's jalan Apas Tawau. 

Adik Norshelly mempamerkan aksi memukau penonton dan juri dengan mendendangkan lagu dangdut "Perawan atau Janda".  Beliau membawa pulang sebuah hadiah Trofi, sijil penyertaan dan sebungkus hamper.

Selain adik Norelly, pihak sekolah juga telah menghantar beberapa wakil pelajar seperti adik Nurain, adik Arshad Izwan, dan adik Irfan. Tahniah kerana membawa nama sekolah dalam pertandingan tersebut. 









12 August 2017

BENGKEL APDM, E-PANGKAT DAN SKPMG2



Inilah hasil usaha, komitmen dan semangat warga SK Batu Payong. 
Dengan misi sekolah "Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan Berkualiti yang Mampu Melahirkan Modal Insan Unggul dan Seimbang", sebuah bengkel dengan beberapa pengisian seperti SKPMG2, APDM, dan E pangkat diadakan bagi memantapkan jati diri dan kualiti seorang guru. 
Bengkel ini diadakan pada hari cuti bermula awal pagi sehingga lewat petang. 









Tahniah buat warga SK Batu Payong. Semoga sentiasa maju jaya.

1 August 2017

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SKBPT 2017


Pelancaran bulan kemerdekaan 2017, "Negaraku Sehati Sejiwa" Peringkat SK Batu Payong diadakan di Padang sekolah dan disempurnakan secara rasminya oleh Guru Besar sekolah puan Hasmah Hamzah. 

Program diteruskan dengan beberapa buah rangkaian lagu patriotisme antaranya Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku. 





Berikut adalah program yang bakal dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan pada tahun ini. 

1. Pertandingan Mewarna Tahap I
2. Pertandingan Koir Tahap II
3. Deklamasi sajak kemerdekaan
4. Pertandingan baju patriotik.
5. Kibar Jalur Gemilang

Selain aktiviti sekolah, persekitaran sekolah juga telah dihiasi dengan pacakan bendera Jalur Gemilang dan Bendera Sabah di setiap penjuru sekolah.














Semoga program yang bakal dijalankan berupaya menyemarakkan sambutan pada tahun ini seterusnya menanam rasa bangga dan cinta akan negara dalam kalangan murid-murid SK Batu Payong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...