24 August 2017

DEKLAMASI SAJAK BULAN KEMERDEKAAN (2017)


Sebagai menyemai semangat cintakan negara dikalangan murid, Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan sebuah pertandingan sajak di kalangan murid tahap II sebagai menyemarakkan lagi semangat patriotik di bulan Kemerdekaan ini.

Bagi kategori lelaki, Adik Ezany Irfan daripada Persatuan Bahasa Melayu muncul juara, diikuti oleh adik Muhammad Zamarul dan adik Irsyaduddin di tempat kedua dan ketiga.

Manakala adik Intan Zulaikha muncul johan kategori perempuan. Tempat kedua adik Nurul Syuhada dan adik Batrisya di tempat ketiga. 

Sekitar gambaran pertandingan deklamasi sajak.

Cikgu Fatehah memberi arahan dan syarat pertandingan kepada semua peserta

Barisan hakim yang arif lagi bijaksana :)
Cikgu Said dan adik Sahrizan mempersembahkan nyanyian dan tarian pembukaan






















Syabas diucapkan kepada semua peserta yang tampil menonjolkan diri mendeklamasikan sajak masing-masing. Semoga program seumpama ini akan dapat melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah air.

23 August 2017

CERAMAH: KESAN DAN BAHAYA ROKOK KEPADA PELAJAR


Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Atas kesedaran ini, sebuah ceramah tentang bahaya merokok ke atas diri pelajar telah dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid bagi memberi pendedahan mengenai kesan dan bahaya rokok dalam kehidupan seharian.

 Ceramah ini disampaikan oleh Inspektor Stephen Buda AK Kiding, Pegawai Risikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau.


Memberi taklimat kepada pentadbir sekolah
Cikgu Mudzlineh selaku Moderator yang berpengalaman

Inspektor Stephen Buda AK Kiding selaku penceramah jemputan petang ini.

Barisan pentadbir bersama pegawai Polis yang hadir

PK KOKUM memberi kata-kata aluan



Seorang pelajar tampil bertanyakan soalan

Guru Besar membuat rumusan ceramah pada petang ini.
Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas ceramah dan nasihat yang berguna kepada semua pelajar-pelajar SK Batu Payong

21 August 2017

PERSIAPAN CALON CEMERLANG UPSR BERSAMA GURU BESAR


Tiada apa yang lebih bermakna buat seorang Guru Besar selain berharap  agar calon pelajarnya berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 yang akan berlangsung pada bulan September ini kelak.

Pihak Sekolah amat berharap dengan pelbagai perancangan yang telah dirancangkan dapat meningkatkan prestasi murid dan sekaligus menaikkan prestasi sekolah ini.

Guru Besar memberi kata-kata pecutan semangat kepada calon-calon untuk sentiasa mempersiapkan diri menghadapi UPSR beberapa minggu lagi
Murid meluahkan kekuatan, dan kelemahan dalam diri

Calon-calon murid yang cemerlang





Semoga calon-calon ini dapat melonjakkan prestasi UPSR pada tahun ini

19 August 2017

TAHNIAH: KENAIKAN PANGKAT PUAN HASMAH HAMZAH


Seluruh Warga SK Batu Payong merakamkan ucapan TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada Guru Besar sekolah, puan Hasmah Binti Hamzah atas kenaikan pangkat beliau ke gred DG38 petang tadi bertempat di SK Tanjung Batu Keramat. 
Penerimaan sijil disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah Tawau, Encik Abdul Hadi.

Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan memberi inspirasi kepada warga yang lain untuk terus berusaha gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

18 August 2017

PERMUAFAKATAN BERSAMA IBU BAPA DAN PENJAGA MURID LINUS


Sebuah perjumpaan antara guru-guru dan ibu bapa murid yang dicalonkan sebagai murid Linus diadakan di bilik Linus SKBPT. Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid SK Batu Payong Tahap 1 berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi kecuali murid berkeperluan khas.


Ini adalah perjumpaan pertama sebelum adanya lagi siri perjumpaan berperingkat pada masa akan datang bagi memastikan kerjasama antara guru-guru dan ibu bapa bagi mendidik anak-anak murid Linus sentiasa terjalin di sekolah dan di rumah.

Antara ibu bapa dan waris yang hadir

Guru Besar dan cikgu Jamilah memberi penerangan tentang sikap, sahsiah, dan tingkahlaku murid-murid Linus

Penolong Kanan KOKUM puan Noriani yang juga guru Literasi tahun 3

Guru Besar memberikan sedikit perkongsian kaedah mengajar anak menulis di rumah



SEMOGA BERJUMPA LAGI PADA SIRI PERJUMPAAN YANG AKAN DATANG. SEMOGA ANAK-ANAK DIDIK KITA SIFAR LINUS MENJELANG 2020.

MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL, DAN DOA KHAS BULAN KEMERDEKAAN 2017


Sebuah majlis bacaan Yassin, tahlil dan doa khas pada pagi Jumaat bagi meraihkan sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini. 

Guru besar, Puan Hasmah Hamzah hadir bersama-sama guru-guru dan murid bagi memenuhi ruang dewan serbaguna SK Batu Payong untuk menyatakan rasa kesyukuran dengan mengadakan bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat.


Majlis bacaan Yasin dan Tahlil itu dipimpin oleh Ustaz Aizat Bisnu yang turut membacakan doa khas sempena bulan kemerdekaan ini.



Barisan guru-guru yang hadir



Puan Hasmah menyampaikan ucapan ringkas selepas bacaan Yasin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...