Ini adalah Program perjumpaan kali kedua dalam tahun 2018 antara guru-guru tahun 6 bersama ibu bapa penjaga murid yang akan menduduki UPSR pada tahun ini. Semoga perbincangan dan jalinan ini akan merapatkan silaturrahim antara guru-guru dan ibu bapa bagi melahirkan murid Tahun 6 yang cemerlang dalam UPSR pada kali ini.
5 July 2018
4 July 2018
MAJLIS JAMUAN RAYA PRA SEKOLAH SKBPT (2018)
Sebuah majlis riang ria Hari Raya telah dianjurkan oleh Unit Pra-Sekolah bersama-sama murid dan ibu bapa Pra-Sekolah. Beberapa hadirin yang terdiri daripada ibu bapa dan guru-guru hadir bagi memeriahkan lagi suasana Hari Raya Pra-Sekolah yang diadakan setiap tahun.
Terima kasih diucapkan kepada Unit Pra-Sekolah atas hidangan yang disajikan dan diharapkan program ini berterusan di masa akan datang.
2 July 2018
SELAMAT DATANG GURU BAHARU - ENCIK TAHIR RASAKE
Tahun ini SKBPT sekali lagi menerima kedatangan seorang guru baru yang berasal dari Tawau .
Cikgu Tahir Rasake atau lebih dikenali sebagai cikgu Tom merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan.
Beliau telah berkhidmat dengan jayanya di beberapa buah sekolah sebelum ini seperti di SK Kalabakan, SK Sungai Imam, SK Tanjung Batu, dan SK Taman Tawau.
Semoga pengalaman dan kemahiran cikgu Tom akan memberi perubahan dalam peningkatan Bahasa Inggeris di SK Batu Payong ini.
8 June 2018
PROGRAM IHYA RAMADHAN DAN SUMBANGAN HARI RAYA (2018)
Bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak ini, Panitia Pendidikan Islam SKBPT telah melancarkan Program Ihya' Ramadhan yang bertempat di dewan Serbaguna.
Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Aizat Bisnu tentang kelebihan berpuasa.
Pelancaran ini turut dirasmikan oleh Puan Hasmah Binti Hamzah, Guru Besar SK Batu Payong Tawau. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang bagi melahirkan murid dan warga SKBPT yang mengimarahkan bulan Ramadhan dan sentiasa memanfaatkan waktu untuk beribadat kepada Allah SWT serta menyedarkan diri tentang adanya balasan baik daripada Allah dalam setiap usaha mendekatkan diri kepada-Nya.
Pihak sekolah juga telah menyalurkan sumbangan kepada murid yatim dan pelajar-pelajar miskin.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















































