7 July 2018

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI SKBPT (2018)


Meskipun diselangi dengan hujan lebat dan angin kuat, suasana sambutan Hari Raya SK Batu Payong bagi tahun 2018 tetap berjalan dengan lancar. 

Majlis hari Raya tahun ini amat bertuah kerana turut dihadiri oleh wakil-wakil rakyat dari dua parti politik yang berbeza.

Jutaan terima kasih buat semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan majlis Hari Raya pada tahun ini.































6 July 2018

SEMINAR KEIBUBAPAAN (2018)


"Cabaran Mendidik Anak-Anak Alaf baru"

PENCERAMAH KHAS:
cikgu Lakarani Lamadiangi.

Sebuah ceramah yang penuh emosi dengan gelak tawa, santai, dan deraian air mata. Jutaan penghargaan buat penceramah cikgu Lakarani yang memberikan sedikit panduan, perkongsian dan soal jawab mengenai cabaran-cabaran yang perlu dihadapi ibu bapa masakini dalam mendidik anak-anak.

Semoga ilmu yang dikongsikan ini akan memberi semangat baru kepada ibu bapa dan para guru untuk sama-sama membantu anak-anak didik sesuai dengan perubahan alaf baru masa kini.

















5 July 2018

HARI PAUTAN KASIH FASA II (2018)


Ini adalah Program perjumpaan kali kedua dalam tahun 2018 antara guru-guru tahun 6 bersama ibu bapa penjaga murid yang akan menduduki UPSR pada tahun ini. Semoga perbincangan dan jalinan ini akan merapatkan silaturrahim antara guru-guru dan ibu bapa bagi melahirkan murid Tahun 6 yang cemerlang dalam UPSR pada kali ini.
















4 July 2018

MAJLIS JAMUAN RAYA PRA SEKOLAH SKBPT (2018)


Sebuah majlis riang ria Hari Raya telah dianjurkan oleh Unit Pra-Sekolah bersama-sama murid dan ibu bapa Pra-Sekolah. Beberapa hadirin yang terdiri daripada ibu bapa dan guru-guru hadir bagi memeriahkan lagi suasana Hari Raya Pra-Sekolah yang diadakan setiap tahun.

Terima kasih diucapkan kepada Unit Pra-Sekolah atas hidangan yang disajikan dan diharapkan program ini berterusan di masa akan datang.











2 July 2018

SELAMAT DATANG GURU BAHARU - ENCIK TAHIR RASAKE


Tahun ini SKBPT sekali lagi menerima kedatangan seorang guru baru yang berasal dari Tawau .  

Cikgu Tahir Rasake atau lebih dikenali sebagai cikgu Tom merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan. 

Beliau telah berkhidmat dengan jayanya di beberapa buah sekolah sebelum ini seperti di SK Kalabakan, SK Sungai Imam, SK Tanjung Batu, dan SK Taman Tawau.

Semoga pengalaman dan kemahiran cikgu Tom akan memberi perubahan dalam peningkatan Bahasa Inggeris di SK Batu Payong ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...