6 September 2018

PROGRAM 'JOM GEGAR MOLUS' KELAS PEMULIHAN KHAS


Tahniah buat guru praktikum, cikgu Eva Elvitah dan cikgu Mathilda Eisey atas usaha dan komitmen untuk membantu guru pemulihan dan Linus bagi menjayakan sebuah program khusus untuk murid-murid yang lemah dalam pembelajaran.




Aktiviti-akativiti ini melibatkan Perkembangan motor iaitu proses yang diperluakn perlukan bagi membentuk cara mereka melakukan gerakan. 











Perkembangan motor yang baik bukan sahaja penting bagi kanak-kanak membuat gerakan. Perkembangan motor juga merupakan keperluan asas bagi pembelajaran seorang kanak-kanak.  Semua aktiviti termasuk manipulasi mimik muka melibatkan penggunaan motor halus.























Kemahiran motor halus juga melibatkan pergerakan manipulatif. Pergerakan ini memerlukan kanak-kanak mengawal penggunaan anggota badan mereka seperti tangan dan kaki.  Misalnya kebolehan kanak-kanak untuk memegang, membuka dan melepaskan gengaman.  Malahan aktiviti seperti melambaikan tangan atau membaling objek juga dapat mengembangkan motor halus kanak-kanak tersebut.

Penolong Kanan Pentadbiran bersama Ketua Unit Pendidikan Khas Tawau, Encik Suzamreh Salleh















5 September 2018

LARIAN KEMERDEKAAN SKBPT (2018)


Aktiviti senamrobik, berlari dan berjalan sambil mengibarkan Jalur Gemilang sejauh satu kilometer antara pendekatan terbaik yang diambil oleh Unit Rukun Negara dan Sejarah  sempena hari KoKurikulum sekolah  sebagai inisiatif menyemarakkan semangat patriotik di kalangan pelajar.

Aktiviti ini berjaya menarik perhatian pelajar dan melonjakkan semangat patriotik mereka. Pelajar yang terlibat menzahirkan kesungguhan untuk menjayakannya. Aktiviti kemerdekaan ini akan diteruskan sepanjang minggu kemerdekaan ini dengan pelbagai lagi aktiviti yang lebih  menarik.

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...