15 October 2018

SUKANTARA SKBPT 2018

Pertandingan Sukantara yang bertempat di Padang SK Batu Payong. Sukan ini melibatkan semua murid-murid Tahun 3 hingga Tahun 6. Antara acara yang dipertandingkan ialah sukaneka tahap I, larian 100m, lompat jauh, lontar peluru dan lompat tinggi.

Sukan ini diadakan bagi memilih wakil sukan bagi SK Batu Payong yang akan diadakan pada tahun hadapan.

Secara keseluruhannya, aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar.
















13 October 2018

HARI SUKAN NEGARA SKBPT (2018)


Hari Sukan Negara peringkat SK Batu Payong dijalankan dengan lancar dengan pengisian aktiviti menarik seperti senamrobik, permainan tradisional dan aktiviti berkumpulan.













12 October 2018

AKTIVITI JUAL BELI TAHAP II (2018)


Sebuah program ktiviti jual beli sebagai pendedahan awal perniagaan dan kewangan di kalangan murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Selain dapat memupuk semangat keyakinan diri, program seumpama ini juga dapat melahirkan idea yang kreatif melalui kerjasama semangat berpasukan dan toleransi antara setiap kumpulan yang mengambil bahagian. 

Tahniah buat Panitia Rekabentuk Teknologi dan Maklumat yang menganjurkan program seumpama ini.








8 October 2018

PEMENANG KELAS BERSIH & CERIA BAGI BULAN OGOS (2018)


TAHNIAH BUAT PEMENANG KELAS BERSIH DAN CERIA BULAN OGOS 2018:

Pemenang tahap 1 = kelas 3 Amanah, 

Pemenang tahap 2 = kelas 5 Amanah. 

Semoga kemenangan ini akan memberi inspirasi kepada kelas-kelas lain. Kebersihan melambangkan gaya hidup sihat.




5 October 2018

KEM BESTARI SOLAT BAHAGIAN II (2018)


Tahniah buat semua warga SKBPT  yang telah bersama-sama menjayakan Kem Bestari Solat buat kali kedua pada tahun ini. Semoga usaha ini akan melahirkan pelajar yang menjaga solat dengan tertib dan betul.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...