TAHNIAH BUAT KESEMUA PESERTA SKBPT YANG MEWAKILI SEKOLAH DALAM PERKEMAHAN PENGAKAP JAMBORI NUSANTARA ANTARABANGSA (2019)
1 April 2019
22 March 2019
MAJLIS PERPISAHAN CIKGU DANIEL WONG LI KAI
Petani ke sawah menanam padi
Padi ditanam menguning tua
Meski mungkin tiada dinanti
Perpisahan kini di depan mata
Pukul 11.00 pagi, kakitangan sekolah dan murid-murid telah pun membentuk barisan panjang bagi meraihkan sebuah perpisahan dengan cikgu Daniel Wong yang akan berpindah tugas ke tempat barunya di SK Kinabutan Tawau.
Sepanjang 3 tahun beliau berkhidmat di sekolah ini, pelbagai sumbangan dan khidmat bakti yang beliau curahkan seperti menjayakan program Linus, melonjakkan prestasi subjek Bahasa Inggeris, serta menjadi nadi utama mendapatkan sumbangan 50 pokok semarak api di sekeliling
sekolah ini ----> (KLIK SINI)
Semoga berjumpa lagi cikgu Daniel. Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala sumbangan dan segala penat lelah sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Mohon maaf andai ada silap dan salah daripada kami warga SKBPT.
ayam rintik tepi di tepi hutan
terlihat dari pinggir telaga
nama yang baik lantas ingatan
seribu tahun terkenang juga
11 March 2019
TAKLIMAT & BENGKEL SKPMg2 (2019) SKBPT
TAKLIMAT DAN BENGKEL SKPMg2 KEPADA SEMUA KAKITANGAN SKBPT YANG DISAMPAIKAN OLEH TUAN JUMADI MADING SELAKU TIMBALAN KETUA NAZIR CAWANGAN TAWAU BERSAMA PUAN SUZIANAH ABD FIDAH SELAKU PENYELARAS SKPMG2
Subscribe to:
Posts (Atom)