6 July 2022

Tandas di bawah bangunan D telah siap sepenuhnya

6 JULAI 2022 | RABU

Alhamdulillah. Tandas di bawah bangunan D telah siap sepenuhnya dan dapat digunakan oleh semua warga SKBPT bermula hari ini.

Pihak PIBG sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua penderma samaada dari segi sumbangan kewangan, tenaga mahupun sokongan moral dalam projek ini.

Jutaan terima kasih buat usaha PIBG sekolah..











Tandas di bawah bangunan D telah siap sepenuhnya dan dapat digunakan oleh semua warga SKBPT bermula hari ini.

Pihak PIBG sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua penderma samaada dari segi sumbangan kewangan, tenaga mahupun sokongan moral dalam projek ini.

Jutaan terima kasih buat usaha PIBG sekolah.


5 July 2022

Tahniah buat pasukan Kricket SKBPT

Tahniah buat pasukan Kricket SKBPT kerana mendapat Juara dalam pertandingan Kricket MSSDT kategori BOWL bawah 12 tahun yang diadakan pada 29 Jun - 1 Julai lalu.

Pasukan SKBPT telah menewaskan pasukan SK Taman Tawau dengan kemenangan 50-48 di pertandingan akhir.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada jurulatih cikgu Tahir dan ustazah Nazra Ain

Hadiah dan sijil penyertaan disampaikan oleh guru besar kepada semua peserta yang terlibat.












Tahniah buat pasukan bola tampar SKBPT

 5 JULAI 2022 | SELASA

Tahniah buat pasukan bola tampar SKBPT kerana mendapat Naib Johan dalam pertandingan bola tampar MSSDT yang diadakan pada 27-28 Jun lalu.

Seramai 13 orang murid terpilih dalam skuad ini dan berjaya melangkah ke peringkat Akhir bertemu dengan pasukan pilihan SK Kalabakan.

Tahniah sekali lagi diucapkan. Suatu pencapaian yang membanggakan hasil didikan jurulatih cikgu Said, cikgu Asri, cikgu Sharifah Rozhiah Ichik dan semua pihak yang terlibat secara tidak langsung dalam kejayaan ini.

Hadiah dan sijil penyertaan disampaikan oleh guru besar kepada semua peserta yang terlibat.


















4 July 2022

Majlis Pelancaran “HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME” (HIP)

 4 JULAI 2022 | ISNIN

Majli Pelancaran “HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME” (HIP) oleh kelab Bahasa Inggeris SKBPT.

HIP merupakan sebuah program yang dirangka khusus untuk mewujudkan persekitaran penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan guru dan murid-murid. 

HIP akan di adakan minggu keempat setiap bulan di sekolah ini. Semoga penguasaan Bahasa Kedua ini akan dapat dikuasai oleh anak-anak didik SKBPT.



















#sekolahts25

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...