2 September 2022

Tahniah buat adik Muhammad Raees Nazeef dan Mohammad Faiz


[Pertandingan Penulisan Kreatif MBMMBI]

Alhamdulillah. Tahniah buat adik Muhammad Raees Nazeef dan Mohammad Faiz atas kejayaan merangkul anugerah dalam Pertandingan “Penulisan Kreatif MBMMBI” Peringkat Daerah Tawau yang dikelolakan oleh SMK Tawau II. 


Dengan tema WARISAN BANGSA KEKAL TERPELIHARA

Berikut adalah KEPUTUSAN RASMI PEMENANG iaitu:-

*JOHAN -KATEGORI CERPEN -ADIK MUHAMMAD RAEES NAZEEF BIN MOHAMMAD NAZRI (6A)*

*NAIB JOHAN – KATEGORI SAJAK – MOHAMMAD FAIZ BIN SARIPUDIN (4A)*


Adik M. Raees Nazeef dan adik M. Faiz akan meneruskan perjuangan untuk pertandingan peringkat negeri pula. 

Terima kasih buat guru pembimbing cikgu Rosneh balang dan semua warga SKBPT. Doakan kejayaan mereka yang akan membawa nama SK BATU PAYONG-PPD TAWAU.





1 September 2022

Pertandingan Deklamasi Sajak murid Tahap II 2022

 1 SEPTEMBER 2022 | KHAMIS

Pertandingan Deklamasi Sajak murid Tahap II sempena bulan Kebangsaan SKBPT 2022.

Syabas buat kesemua 19 orang peserta yang berani tampil kehadapan menyerlahkan bakat dan gaya masing-masing bagi mendeklamasikan sajak bertemakan kemerdekaan.

Pemenang akan diumumkan pada penutupan bulan kebangsaan nanti.



























Pertandingan “LAUNGAN MERDEKA” kanak-kanak Prasekolah SKBPT 2022

 1 SEPTEMBER 2022 | KHAMIS

Pertandingan “LAUNGAN MERDEKA” kanak-kanak Prasekolah.

17 orang peserta comel tampil dengan gaya dan persembahan masing-masing. Syabas buat semua peserta cilik. Tahniah buat semua guru dan PPM prasekolah.

*Pemenang akan ditentukan pada masjlis perasmian penutupan bulan kemerdekaan nanti.


























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...