30 June 2016

SELAMAT DATANG GURU BARU

Tahun ini pihak sekolah amat bertuah kerana menerima kedatangan 3 orang guru baru yang berpindah ke sekolah ini.

Cikgu Daniel Wong Li Kai
Cikgu yang berpindah dari SJKC Yuk Chin Tawau

Ustazah Taiyibah Abdullah
Ustazah yang berpindah dari SK Melati Tawau

Cikgu Mudzleeneh Samir
cikgu yang berpindah dari SK Bahagia Tawau
Semoga kedatangan guru-guru ini akan memberi semangat baru kepada anak-anak bangsa untuk terus belajar mendalami ilmu di sekolah.

16 May 2016

RIANG RIA HARI GURU 2016 - Guru Pembina Negara Bangsa


'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA 2016'

Seperti tahun sebelumnya, tanggal 16 Mei telah dipilih sebagai Hari Guru bagi meraikan guru –guru yang banyak berjasa dalam bidang pendidikan.

Melalui aktiviti Sambutan Hari Guru kali ini, murid dapat berinteraksi dengan guru selaku mentor mereka secara santai tetapi penuh penghayatan dan pengajaran di sebalik aktiviti yang dijalankan. Semoga aktiviti yang dijalankan memberikan erti yang signifikan dalam catatan diari kehidupan seorang guru.

SKBPT meriah dengan tema pada tahun ini ialah 'permainan alat tradisional'


















4 May 2016

PERTANDINGAN INOVASI DAN REKA BENTUK

Pertandingan inovasi dan rekacipta peringkat SK Batu Payong telah dianjurkan oleh Setiausaha Ko-Kurikulum dan diadakan pada 4 Mei 2016 yang lalu. 

Antara kelab yang mengambil bahagian adalah Kelab Bahasa Melayu, Kelab Bahasa Inggeris, kelab Rukun Negara, Matematik serta kelab Pendidikan Agama Islam. Setiap pasukan dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya dua buah projek inovasi yang telah diselia oleh En. Said selaku setiausaha KOKUM bersama-sama empat orang pentadbir sekolah. Pertandingan telah dijalankan di Dewan Serbaguna.







9 April 2016

MESYUARAT TAHUNAN PIBG 2016

Mesyuarat Agung PIBG 2016 telah dilangsungkan dengan jayanya di dewan Serbaguna sekolah. Ramai ibu bapa dan penjaga turut hadir bersama-sama guru bagi membincangkan permasalahan sekolah. Antara agenda yang diketengahkan adalah berkaitan tentang isu kewangan, aktiviti yang dijalankan serta perlantikan senarai AJK PIBG baru.





6 April 2016

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2016


Kem membaca 2016 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya sepanjang minggu ini dengan objektif utamanya adalah untuk melahirkan insan yang menjadikan buku sebagai teman hidup sepanjang zaman.

Sekalung tahniah buat jawatankuasa Pusat Sumber sekolah yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

















28 March 2016

PERTANDINGAN BERCERITA ZON APAS TAWAU


Pihak sekolah amat bertuah kerana telah terpilih selaku tuan rumah bagi menganjurkan Pertandingan Bercerita Zon Apas. Sebanyak 7 buah sekolah telah menghantar wakil masing-masing yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu Tahap I dan Tahap II.














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...