3 August 2018

HARI BERTEMU PELANGGAN (2018)

Pagi tadi berlangsungnya program 'Hari Bertemu Pelanggan' iaitu penyerahan slip rekod pelajar kepada ibu bapa penjaga masing-masing.









2 August 2018

PROGRAM CUCI TANGAN


Ekoran menularnya Penyakit tangan, kaki dan mulut jug (HFMD) di daerah Tawau ini, pihak sekolah telah mengambil langkah pencegahan dengan mengadakan aktiviti memeriksa tangan, kaki dan mulut kesemua lapisan murid disamping mendidik mereka cara-cara mencuci tangan dengan betul. 

Langkah mencuci tangan ini perlu dijadikan amalan harian murid bukan hanya di sekolah, tetapi juga di rumah. Demikian ucapan yang disampaikan oleh Penolong Kanan Ko-Kurikulum puan Hajah Noriani Manah.

Penyakit HFMD boleh merebak melalui sentuhan secara langsung dengan air liur, cecair hidung, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan pada permukaan objek atau alatan permainan yang tercemar dengan virus ini.

Semoga anak-anak didik SKBPT terhindar daripada jangkitan penyakit ini.


















1 August 2018

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SKBPT (2018)


Pelancaran bulan kemerdekaan, Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat SK Batu Payong pada tahun ini telah disempurnakan oleh Penolong Kanan KO-Kurikulum puan Hajah Noriani Manah dengan menampilkan kelainan dengan elemen dan media baharu.

Elemen baharu itu diperkenalkan bagi menarik minat generasi muda terutama para pelajar menghayati erti sebenar kemerdekaan tanah air, sekali gus sama-sama mengingati perjuangan generasi terdahulu memerdekakan negara.

Pelbagai acara menarik disusun bermula 1 Ogos sehingga penghujung bulan Kemerdekaan ini. Bersama-sama kita menghayati erti kemerdekaan ini.






30 July 2018

SELAMAT DATANG GURU PRAKTIKUM (2018)

Warga SK Batu Payong mengalu-alukan kehadiran lapan orang guru pelatih dari IPG Kampus Tawau yang akan menjalani sesi praktikum selama 3 bulan di sini. 

Warga SKBPT akan memberikan sepenuh bantuan dan kerjasama sepanjang latihan pengajaran di sini. Selamat maju jaya dan semoga mendapat ilmu yang berguna dan pengalaman yang manis untuk dikenang. 


Mereka akan bertugas mulai 30 Julai hingga 26 Oktober 2018.


Dari kiri:

Nur Aimi Izzati (major: Pendidikan Islam)
Noranizah Saineh (major: Penddidikan Islam)
Eva Elvitah Jaukim (major: Pemulihan Khas)
Bibi Baizura badarudin (major: Sains)
Mathilda Eisey Richap (major: Pemulihan Khas)
Nur Alia Zainuddin (major: Sains)

Dua orang lagi guru praktikum daripada Opsyen Pendidikan Awal Kanak-kanak bakal hadir di sekolah ini pada awal bulan hadapan. 
"Selamat Mengajar"

PEMENANG KELAS BERSIH & CERIA BAGI BULAN JULAI (2018)


Unit Kebersihan dan kesihatan SK Batu Payong telah menetapkan tiga tujuan utama program ini antaranya ialah mewujudkan bilik darjah yang bersih, ceria serta bermaklumat, membina kreativiti pelajar dalam melahirkan idea, serta memupuk nilai-nilai murni  seperti bekerjasama, hormat-menghormati, dan tolong-menolong.

PEMENANG KELAS BERSIH DAN CERIA BULAN JULAI:

Pemenang tahap 1 = kelas 2 Amanah, 

Pemenang tahap 2 = kelas 4 Amanah. 

Semoga kemenangan ini akan memberi inspirasi kepada kelas-kelas lain untuk turut sama berusaha menghasilkan kelas yang bersih dan ceria agar menjadikan suasana pembelajaran yang sihat dan kondusif.








28 July 2018

KEJOHANAN MERENTAS DESA SKBPT (2018)


Kejohanan Merentas Desa tahun 2018 peringkat SK Batu Payong sekali lagi diselangi dengan turunnya hujan rahmat dan angin kuat. Namun ianya tidak memberi patah semangat untuk guru dan para pelajar meneruskan kejohanan ini.

Selepas aktiviti pemanasan badan dan senamrobik, peserta dilepaskan secara berperingkat dengan peserta perempuan dilepaskan terlebih dahulu. Jarak larian dianggarkan sejauh 3KM dan 10 peserta yang sampai awal bagi setiap kategori dikira pemenang.

Syabas buat semua. Kita berjumpa lagi dalam kejohanan Merentas Desa akan datang. Majulah sukan untuk negara.






































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...