Sukaneka Pra Sekolah SKBPT 2018 menampilkan persaingan yang lebih menarik antara pelajar-pelajar rumah Merah, Kuning, Biru dan Hijau. Selain pertandingan sesama murid, sukaneka kali ini diserikan lagi dengan penglibatan ibu dan penjaga.
25 October 2018
24 October 2018
SELAMAT DATANG CIKGU SURIANI ARSHAT
Pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas kepada guru baharu, Puan Suriani Arshat yang telah melapor diri di sekolah ini pada awal September lalu. Sebelum ini beliau pernah mengajar di SK Kuala Apas.
Cikgu Suriani akan menggalas tugas untuk mengajar subjek Matematik tahap satu dan akan membantu melonjakkan prestasi Numerasi di sekolah ini.
Selamat menjalankan tugas cikgu.
Selamat menjalankan tugas cikgu.
22 October 2018
TAHNIAH - Peserta Eksplorasi Jom Jelajah Tawau 2018
Tahniah buat semua peserta SK Batu Payong yang terpilih mewakili sekolah dalam Aktiviti Eksplorasi Jom Jelajah Tawau 2018.
Sekitar suasana aktiviti jom jelajah Tawau:
15 October 2018
SUKANTARA SKBPT 2018
Pertandingan Sukantara yang bertempat di Padang SK Batu Payong. Sukan ini melibatkan semua murid-murid Tahun 3 hingga Tahun 6. Antara acara yang dipertandingkan ialah sukaneka tahap I, larian 100m, lompat jauh, lontar peluru dan lompat tinggi.
Sukan ini diadakan bagi memilih wakil sukan bagi SK Batu Payong yang akan diadakan pada tahun hadapan.
Secara keseluruhannya, aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar.
13 October 2018
HARI SUKAN NEGARA SKBPT (2018)
Hari Sukan Negara peringkat SK Batu Payong dijalankan dengan lancar dengan pengisian aktiviti menarik seperti senamrobik, permainan tradisional dan aktiviti berkumpulan.
Subscribe to:
Posts (Atom)






































