25 April 2019

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PENERIMA APC 2018


Warga SK Batu Payong mengucapkan sekalung tahniah buat rakan-rakan yang telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang berdasarkan prestasi kerja mereka yang terbaik sepanjang tahun 2018. 

Anugerah ini amat besar maknanya bagi seorang pendidik dan staf yang bertungkus lumus dalam memajukan diri bagi mendidik anak bangsa dengan jayanya.

Tahniah sekali lagi buat cikgu Zuhidah Dinnuri, Ustazah Taiyyibah dan puan Rusnani.

24 April 2019

TAHNIAH BUAT PESERTA PERTANDINGAN SAHIBBAH SKBPT (2019)


Syabas buat adik Farhana, adik Aisyah dan adik Aqasha atas kejayaan menyertai Pertandingan Sahibbah sekolah rendah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Peringkat Daerah Tawau bertempat di SMK Kuhara.

Dalam pertandingan ini, adik Farhana telah menduduki tempat kedua keseluruhan. Sekalung syabas dan tahniah.





Cikgu Shaiful selaku guru pengiring

Adik Farhana menerima hadiah naib Johan keseluruhan

23 April 2019

JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT SKBPT (2019)


Sebuah program yang bertujuan mendorong minat murid untuk membaca, sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan dan kemudiannya meneruskan amalan membaca selama 10 minit setiap hari.

Program ini dijalankan di bilik darjah atau di mana sahaja tempat yang sesuai bermula jam 11:00 hingga jam 11:10 pagi.

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit ini juga diadakan setiap tahun sempena sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Syabas warga SKBPT
















17 April 2019

HARI PAUTAN KASIH FASA 1 (2019)


Program perjumpaan kali pertama dalam tahun 2019 antara guru-guru tahun 6 bersama ibu bapa penjaga murid yang akan menduduki UPSR pada tahun ini. Semoga perbincangan dan jalinan ini akan merapatkan silaturrahim antara semua pihak yang terlibat bagi membantu murid Tahun 6 cemerlang dalam UPSR pada tahun ini.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...