Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan 2022 (BAP) murid SK Batu Payong. Terima kasih di atas kerjasama Ibubapa dan penjaga yang sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.
Semoga bermanfaat 🤲
#sekolahts25
#kitajagakita
Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan 2022 (BAP) murid SK Batu Payong. Terima kasih di atas kerjasama Ibubapa dan penjaga yang sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.
Semoga bermanfaat 🤲
#sekolahts25
#kitajagakita
26 JANUARI 2022 | RABU
Lawatan Pegawai Pendidikan Daerah Tawau, Encik Zamri bin Hj Pehakan ke SK Batu Payong pagi tadi.
Beliau dan rombongan diiring oleh puan Guru Besar puan Hasmah Hamzah meninjau keadaan keselamatan dan persekitaran sekolah.
25 JANUARI 2022 | SELASA
Pasukan bomba ditemani Penolong Kanan HEM membuat pemantauan keselamatan di sekitar kawasan sekolah.
17 JANUARI 2022 | ISNIN
Sumbangan ikhlas warga SK Batu Payong kepada adik Daniel Hanafi yang terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini. Sumbangan disampaikan oleh guru besar, puan Hasmah Hamzah kepada ibu nya.
#kebersamaan
#sekolahts25
#kitajagakita
#NormaBaharu
12 JANUARI 2022 | RABU
Murid SK Batu Payong dibenarkan melakukan ujian saringan kendiri COVID-19 di rumah bermula hari ini.
Penolong Kanan HEM, cikgu Mazlan memberikan taklimat kepada 10% bilangan murid yang bersetuju untuk membuat saringan di dewan serbaguna pagi ini.
Murid yang dipilih kemudiannya perlu mengemukakan hasil kepada pihak sekolah.
#sekolahts25
#kitajagakita
#NormaBaharu
10 JANUARI 2022 | ISNIN
Hari pertama sesi persekolahan penggal ketiga tahun 2021/2022 di SK Batu Payong memperlihatkan murid dan pelajar bersemangat kembali ke sekolah.
Sentiasa patuhi SOP, jaga jarak dan terus bersemangat untuk belajar
#sekolahts25
#kitajagakita
#NormaBaharu
9 JANUARI 2022 | AHAD
Projek akhir cikgu Sawiyah Kantoru sebelum meninggalkan SK Batu Payong dan bertugas di tempat baru.
Terima kasih atas kenangan yang ditinggalkan.
Semoga berjumpa lagi cikgu.
#sekolahts25
#kitajagakita
#NormaBaharu