29 August 2022

Doakan kejayaan adik Mohd Sharizan Azmi

 29 OGOS 2022 | ISNIN

Doakan kejayaan adik Mohd Sharizan Azmi (Tahun 5 Amanah), seorang murid SK Batu Payong  yang akan mewakili pasukan negeri Sabah dalam pertandingan Kricket di negeri Kelantan.

Doakan keselamatan dan kejayaan murid ini untuk mengharumkan nama negeri dan nama sekolah kita. Semoga pulang dengan kejayaan dan dipermudahkan urusan.

Insha Allah aamiin.

Terima kasih buat cikgu Pembimbing dan pengiring : cikgu Tahir Rasake.



28 August 2022

Tahniah Adik Nur Qhairiah Ramadhani Amir

28 OGOS 2022 | AHAD

Alhamdulillah. Satu lagi pencapaian terbaik sekolah kita.

Adik Nur Qhairiah Ramadhani Amir telah mendapat Johan Pertandingan Nyanyian Patriotik sempena hari bertemu pelanggan peringkat PPD Tawau tahun 2022.

Alhamdulillah. Persembahan yang bertenaga dan vokal yang mantap. 

Tahniah adik Nur Qhairiah.






27 August 2022

KEM BESTARI SOLAT (KBS) Fasa 1 SKBPT 2022

 27 OGOS 2022 | SABTU

KEM BESTARI SOLAT (KBS) 

Fasa 1 untuk murid tahap II SK. Batu Payong.

‘Solat Sempurna, Akhlak terpelihara.’

💐Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam dan semua guru yang telah menjayakan program ini. 

💝Juga kepada ibu bapa yang menyumbangkan makanan dan memberi sokongan moral kepada anak-anak untuk hadir di majlis ilmu ini.

Semoga peserta program mendapat ilmu yang bermanfaat.

“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar”. (Surah Al-Ankabut,45)

















































































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...