1 December 2022

[MALAM SESAAT BERSAMA, SEABAD TERASA] Cikgu Hajah Hanisah Kassim

2 DISEMBER 2022 | JUMAAT

[MALAM SESAAT BERSAMA, SEABAD TERASA]

Menyantuni kenangan malam-malam terakhir bersama cikgu idola yang telah bersara, cikgu Hajah Hanisa binti Kassim di Borneo Royale Hotel Tawau

“Kita akan bertemu lagi. Tidak tahu di mana, kapan waktunya, tapi aku tahu kita akan berjumpa lagi, di suatu hari yang cerah. Ya, itu memang pasti”

Selamat menikmati alam persaraan yang indah cikgu. Inilah malam penuh linangan air mata suka duka kenangan yang bakal ditinggalkan. Berehat lah dari segala kesibukan dan permasalahan yang memeningkan. 

Manis sekali buah rambutan,�

Di makan secara perlahan,�

Apabila ada sebuah pertemuan,�

Tentunya ada juga perpisahan.

Warga SKBPT mengucapkan semoga kita berjumpa lagi!









































30 November 2022

MAJLIS PERSARAAN CIKGU HANISAH BINTI KASSIM

30 NOVEMBER 2022 | RABU

“Sanjungan Budi, Sejuta Memori”.

Alhamdulillah. Selesai Majlis Persaraan ringkas yang penuh makna buat seorang cikgu yang amat dikasihi oleh warga kerja SK Batu Payong. Cikgu Hanisah binti Kassim. Seorang guru Bahasa Melayu yang telah berkhidmat selama 30 tahun dalam dunia pendidikan. 

Pengalaman dan kematangan beliau  telah memberi banyak sumbangan dan jasa dalam menaikkan nama  sekolah ini. Bayangan kehilangannya bakal dirasai buat teman-teman dan anak-anak didiknya.

Kini tibalah masa yang dinantikan untuk ucapan terakhir kepada dunia pendidikan. Dengan senyuman dan air mata perpisahan, cikgu Hanisah telah meninggalkan memori yang paling indah di sekolah ini.

Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala komitmen dan jasa yang dicurahkan.

“Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata tapi di hati tidak lupa. Berdoalah kita agar aman dan sentosa. Semoga dapat kita berjumpa di lain masa”


“Hanya kenangan yang menjadi ingatan

Hanya ingatan yang menjadi kenangan

Seandainya masa itu kembali semula

Ingin kita miliki memori lalu”

“Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi

Dugaan Yang Menimpa Diri

Bersabarlah Di Atas Suratan

Kita Bertemu dan Tetap Pergi Jua”

Salam perpisahan buat cikgu Hanisah. Semoga ukhuwah persahabatan ini akan kekal dalam jalinan sepanjang hayat.





































































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...