Guru Besar & PK.1 |
KP. BM & KP. Matematik |
Pada 05 / 04 / 2012 , ujian Saringan Khas LINUS Tahun 3 diadakan bermula jam 08.00 pagi hingga 08.30 untuk ujian Saringan Khas Literasi dan pada 09.30 hingga 10.00 pagi Ujian Saringan Khas Numerasi telah dilaksanakan dengan jayanya.Guru LINUS yang mengawas ujian berkenaan telah mengambil bahagian berpandukan jadual waktu yang telah disediakan.
Sebelum instrumen diedarkan kepada semua murid, guru LINUS dan Ketua Panitia BM / Matematik akan menandatangani borang pengesahan untuk semakan bagi pemantauan pihak yang berkaitan dalam pelaksanaan ujian Saringan tersebut.Semasa pelaksanaan Ujian Saringan Khas LINUS Kohort 1 ini, seorang pegawai pemantau telah hadir untuk memantau pelaksanan ujian tersebut.
KP Mate menandatangani Borang Pengesahan Saringan |
PK. 1 dan Pegawai Bahagian Peperiksaan PPD Tawau |
Guru Numerasi menandatangai Borang Khas Ujian Saringan |
Selepas itu, bermulalah tanggunjawab guru LINUS untuk memeriksa instrumen yang telah dijawab oleh murid dan mengisi data Saringan Khas ini di tapak SAPS.Guru Penyelaras LINUS pula akan mengemaskini Data Saringan Khas Kohort 1 , Saringan 4 dan Saringan 1 pada tapak NKRA. Data Saringan Khas LINUS yang telah siap diisi akan disahkan oleh Setiausaha Peperiksaan.
PK 1 dan Pengawai Peperiksaan memastikan sampul instrumen dibuka di hadapan murid |
Catatan Laporan :
Guru Penyelaras LINUS
SKBP 2012.