23 April 2012

PROGRAM GURU PENYAYANG SK BATU PAYONG 2012


Pagi itu murid-murid tercengang dengan perubahan yang berlaku di sekolah. Seakan-akan mereka tidak percaya awal pagi di pagar sekolah itu guru-guru berbaris beratur panjang meraikan kedatangan mereka ke sekolah.

"Selamat datang murid-murid. Terima kasih kerana datang ke sekolah hari ini ya. Cikgu-cikgu berbangga dengan kamu semua."



Tersenyum tersengih mereka menerima sambutan yang begitu manis yang jarang-jarang mereka alami sebelum ini. Guru-guru mereka tidak segan silu untuk bersalam-salaman, membetulkan tali leher, mengemaskan pakaian, juga mengambil berat apa saja keperluan untuk murid-murid pagi itu.

Ya, itulah dia Program Guru Penyayang yang telah dilancarkan sejak 1 Mac lalu di seluruh negara khususnya di SK Batu Payong. Program ini bertujuan untuk menonjolkan rasa kasih sayang guru-guru supaya perasaan dihargai dapat diwujudkan di kalangan pelajar, juga untuk memupuk semangat suka hadir mereka ke sekolah.


Sifat keprihatinan guru-guru ini akan ditonjolkan bukan hanya pada awal pagi persekolahan, malah juga semasa perhimpunan sekolah, waktu pembelajaran dalam kelas, serta semasa waktu pulang persekolahan.

Dan program ini akan dijalankan pelaksanaannya sepanjang hari, sepanjang minggu dan sepanjang tahun ini agar dapat memberi sumbangan ke arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif, mewujudkan suasana yang lebih harmoni antara guru dengan murid, serta  dapat mengurang salah laku disiplin murid.




"GURU PENYAYANG, MURID CEMERLANG, SEKOLAH TERBILANG"


2 comments:

  1. Alhamdulillah...teruskan program ini sebagai budaya sekolah

    ReplyDelete
  2. go go SKBP ^^
    ndak smpt d buat masa kmi d stu, ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...