10 July 2012

PROGRAM MOTIVASI PENINGKATAN UPSR 2012



SK Batu Payong, 7 Julai - Satu program motivasi telah diadakan sebagai pemanas badan bagi murid-murid tahun enam 2012. Program motivasi tahun enam ini telah dijayakan oleh guru-guru mata pelajaran UPSR dengan dibantu oleh semua guru yang mengajar subjek elektif.

Dua penceramah hebat dan berpengalaman dijemput khas daripada Kota Kinabalu bagi memantapkan lagi ceramah ini. Sekalung penghargaan buat penceramah Encik Amiruddin Abdullah dan Encil Ismail Pani.











Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada semua murid tahun enam agar lebih bersedia dengan kaedah dan teknik belajar yang lebih berkesan. Murid-murid juga diberi bayangan awal tentang peperiksaan UPSR itu sendiri serta kepentingan mengapa mereka perlu bersedia lebih awal lagi.


1 comment:

  1. assalamualaikum cikgu....semoga anak2 murid ini akan berjaya dalam peperiksaan mereka nanti...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...