1.1
Murid Tahun 1 dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran sekolah.
1.2
Murid Tahun 1 telah bersedia untuk memasuki alam
persekolahan dan mengikuti pembelajaran dan pengajaran dengan penuh semangat.
1.3
Memberi motivasi pada murid Tahun 1 supaya dapat
menerima alam persekolahan dengan fikiran positif.
1.4
Meningkatkan keyakinan murid untuk menerima P d P
dengan lebih tenang dan penuh keyakinan.
1.5
Melahirkan murid yang berkualiti dari segi kemahiran
komunikasi dan akademik.
1.6 Memastikan murid dapat mengamal dan mempraktikkan
peraturan sekolah dan menghormati guru-guru sepanjang masa.
Program ini dilaksanakan selama 3 minggu iaitu Minggu Pertama ( Minggu Pengurusan ), Minggu Kedua (Pengajaran & Pembelajaran Bertema) dan Minggu ketiga ( Minggu Ujian Saringan dan Sukan )
Aktiviti Minggu Pengurusan
a) Taklimat KSSR
b) Taklimat Data SMM
c) Taklimat Pengurusan SPBT
d) Aktiviti Suai Kenal Bersama waris pelajar
Ibubapa Murid Tahun 1 |
Murid Tahun 1 |
Taklimat Data SMM |
No comments:
Post a Comment