9 November 2016

MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR EN. AHMAD HAKIM JAAFAR


Encik Ahmad Hakim Jaafar. Sebuah nama yang gah di SKBPT. 
Setiap tutur kata dan perintahnya akan sentiasa dipatuhi oleh semua warga SKBP. Daripada guru-guru sehinggalah pengawal keselamatan sekalipun akan ternanti-nanti kelibat insan ini di sekolah setiap hari.

Namun kesemua itu bakal tinggal kenangan kerana beliau akan mengumumkan perpisahan dengan kesemua warga SKBPT. 
En. Ahmad Hakim bakal naik pangkat dan akan meneruskan kesinambungan kerjaya beliau di Jabatan Pelajaran (JPN) Negeri Sabah sebagai Ketua Sektor.

Jasamu dikenang nama diberi 
Bikin merai teman bestari 
anda sahabat yang kami kasihi 
layanan anda sangat dihargai 
***************************


Mengimbau kembali, beliau pernah berkhidmat di sekolah ini selama 4 tahun pada tahun 2008 sehingga tahun ke 2012. Pada tahun 2013, beliau berpindah tugas di SK Pulau Mabul Semporna. Beliau kembali bertugas di SKBPT pada awal tahun 2014 selama dua tahun sebelum berpisah sekali lagi dengan kesemua warga kerja SKBPT pada akhir 2016.

Sepanjang khidmat beliau di sekolah ini, berbagai sumbangan dan jasa yang ditabur bagi menaikkan nama SKBPT setanding dengan sekolah-sekolah lain. Hasil usaha beliau telah terbukti dengan peningkatan mendadak UPSR 2016. 

Beliau seorang pemimpin yang dihormati dan sayangi oleh kesemua kakitangan, anak didik serta ibu bapa. Komited dalam menjalankan tugas dan sentiasa tegas dalam arahan yang disampaikan.






Satu 'Majlis Perpisahan' yang sederhana dan ringkas tetapi disambut dengan meriah telah diadakan pada hari ini, 9hb November 2016 bertempat di kawasan legar bangunan pentadbiran sekolah. Berderai air mata kasih sayang ketika salam menyalam perpisahan dengan anak-anak murid bersama guru-guru.

Semoga berjumpa lagi Encik Ahmad Hakim. Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala sumbangan dan jasa Encik Ahmad Hakim sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

Ayam rintik tepi di tepi hutan 
terlihat dari pinggir telaga 
nama yang baik lantas ingatan 
seribu tahun terkenang juga ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...