Tarikh : 24 Mei 2017
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Seluruh kawasan dalam dan luar SK Batu Payong Tawau
 |
Taklimat ringkas oleh PK HEM En. Mazlan dan guru Disiplin cikgu Said |
 |
Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar Puan Hasmah Hamzah |
Gotong royong mega bersepadu perangi Aedes Siri 1 untuk pencegahan pembiakan nyamuk Aedes telah dijalankan dengan jayanya oleh seluruh warga SK Batu payong.
Program ini bermula jam 8.00 hingga 11.00 pagi melibatkan semua murid dan guru dan telah diagihkan mengikut kawasan tertentu seluruh sekitar kawasan sekolah.
Antaranya kawasan luar pagar, belakang bangunan C, kawasan persekitaran blok B dan D, kawasan longkang, Pusat Sumber, setiap kelas serta kawasan bangunan bilik guru.
Objektif program ini adalah untuk menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya cara hidup sihat di samping dapat memupuk sikap keprihatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan murid tentang pendidikan pencegahan demam denggi.
Semoga aktiviti seumpama ini akan mewujudkan persekitaran SKBPT yang bersih, kondusif, dan bebas pembiakan nyamuk Aedes
 |
Kawasan bawah kelas |
 |
Belakang bangunan C |
 |
Kawasan banguann D |
 |
Dalam Pusat Sumber |
 |
Kawasan Pra Sekolah |
 |
Persekitaran bangunan bawah |
 |
Kawasan parit dan luar pagar sekolah |
No comments:
Post a Comment