18 OKTOBER 2022 | SELASA
[KARNIVAL PERMATA PEMULIHAN KHAS 2022]
“Serlahkan bakatmu”.
Tahniah buat adik Norjana dan Mohd Arifinkhairul Nizam yang mewakili SKBPT dalam Karnival Permata Pemulihan Khas peringkat Daerah Tawau 2022.
Karnival yang julung-julung kali diadakan ini ada bertujuan untuk mencungkil bakat murid-murid pemulihan khas yang jarang diberi peluang untuk mewakili sekolah.
Antara pertandingan yang diadakan adalah seperti kuiz, logik matematik, merapal (membaca), bina perkataan (bijak nahu), nyanyian solo, cantumkan suku kata dan lain-lain lagi.
Walaupun tidak menang, semangat dan keseronokan yang dirasai itu sudah cukup untuk merasai sebuah pengalaman baru bagi murid-murid yang belakang ini.
Tahniah sekali lagi buat kedua-dua murid ini.
No comments:
Post a Comment