9 November 2016

MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR EN. AHMAD HAKIM JAAFAR


Encik Ahmad Hakim Jaafar. Sebuah nama yang gah di SKBPT. 
Setiap tutur kata dan perintahnya akan sentiasa dipatuhi oleh semua warga SKBP. Daripada guru-guru sehinggalah pengawal keselamatan sekalipun akan ternanti-nanti kelibat insan ini di sekolah setiap hari.

Namun kesemua itu bakal tinggal kenangan kerana beliau akan mengumumkan perpisahan dengan kesemua warga SKBPT. 
En. Ahmad Hakim bakal naik pangkat dan akan meneruskan kesinambungan kerjaya beliau di Jabatan Pelajaran (JPN) Negeri Sabah sebagai Ketua Sektor.

Jasamu dikenang nama diberi 
Bikin merai teman bestari 
anda sahabat yang kami kasihi 
layanan anda sangat dihargai 
***************************


Mengimbau kembali, beliau pernah berkhidmat di sekolah ini selama 4 tahun pada tahun 2008 sehingga tahun ke 2012. Pada tahun 2013, beliau berpindah tugas di SK Pulau Mabul Semporna. Beliau kembali bertugas di SKBPT pada awal tahun 2014 selama dua tahun sebelum berpisah sekali lagi dengan kesemua warga kerja SKBPT pada akhir 2016.

Sepanjang khidmat beliau di sekolah ini, berbagai sumbangan dan jasa yang ditabur bagi menaikkan nama SKBPT setanding dengan sekolah-sekolah lain. Hasil usaha beliau telah terbukti dengan peningkatan mendadak UPSR 2016. 

Beliau seorang pemimpin yang dihormati dan sayangi oleh kesemua kakitangan, anak didik serta ibu bapa. Komited dalam menjalankan tugas dan sentiasa tegas dalam arahan yang disampaikan.






Satu 'Majlis Perpisahan' yang sederhana dan ringkas tetapi disambut dengan meriah telah diadakan pada hari ini, 9hb November 2016 bertempat di kawasan legar bangunan pentadbiran sekolah. Berderai air mata kasih sayang ketika salam menyalam perpisahan dengan anak-anak murid bersama guru-guru.

Semoga berjumpa lagi Encik Ahmad Hakim. Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala sumbangan dan jasa Encik Ahmad Hakim sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

Ayam rintik tepi di tepi hutan 
terlihat dari pinggir telaga 
nama yang baik lantas ingatan 
seribu tahun terkenang juga ...

16 October 2016

SUKAN TAHUNAN PADANG dan BALAPAN SKBPT 2016 kali ke-23

 TEMA
“1 tranformasi sukan”

PEMILIHAN DAN LATIHAN
3 Oktober – 11 Oktober 2016

MASA PEMILIHAN/LATIHAN
1.00 – 03.00 Petang

TARIKH KEJOHANAN
12 Oktober 2016 (Akhir acara Padang), (Sukaneka Tahap 1) (Tempat: Padang SK Batu Payong)
16 Oktober 2016 (Akhir Acara Balapan) (Tempat: Kompleks Sukan Tawau)

TEMPAT KEJOHANAN
Padang SK Batu Payong Tawau /Kompleks Sukan Tawau

Rumah HIJAU
 
Rumah KUNING

Rumah BIRU

Rumah MERAH

Sukan Tahunan kali ini lebih meriah kerana pada tahun ini pihak sekolah telah berusaha untuk mengaanjurkannya di tempat yang lebih berprestij iaitu di Kompleks Sukan Tawau. Sejumlah ribuah ibu bapa dan hadirin hadir dalam memberi sokongan kepada setiap peserta.

Acara penutupan dirasmikan dengan penuh gemilang di mana pasukan rumah Biru telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan, diikuti oleh rumah Hijau, rumah Kuning dan rumah Merah. 

Semoga berjumpa lagi di temasya sukan tahunan sekolah 2017.


















3 September 2016

SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2016 SKBPT BERSAMA KRT KG. BATU PAYONG


Setiap tahun, warga pendidik akan mengadakan sambutan bulan kemerdekaan di sekolah. Cuma sambutan kali amat istimewa kerana SKBPT akan melibatkan kerjasama dengan Kelab Rukun Tetangga (KRT) Kampung Batu Payong. Banyak aktiviti yang perlu dilaksanakan bagi menyemai dan memupuk semangat sayangkan negara dan menghargai kemerdekaan negara. Lebih-lebih lagi kepada pewaris pemimpin negara.











Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Sehati Sejiwa anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Batu Payong dengan kerjasama SK Batu Payong disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan yang juga wakil rakyat kawasan Dun Apas di Dewan Mini Kampung Batu Payong Tawau.

2 September 2016

SOLAT HAJAT UPSR 2016


Debaran menanti peperiksaan yang akan tiba dalam beberapa hari lagi, solat hajat dan bacaan Yassin diadakan bersama guru-guru, ibu bapa dan murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki ujian penting tersebut.















Semoga anak-anak didik ini akan tenang dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang kelak. Sekalung kejayaan buat murid-murid Tahun 6 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...