21 May 2012

Cerita Tentang KIta ( Selamat Hari Guru )


Kehidupan hari ini banyak bergantung pada hubungan antara individu dengan individu yang lain. Tidak kira bagaimana cara mereka berhubungan tetapi membina hubungan adalah salah satu alat yang boleh merealisasikan impian kita.

Boleh dikatakan agak mustahil untuk kita membina impian atau kejayaan secara bersendirian. Di sekeliling kita banyak membantu kita untuk memperolehi kejayaan. Setiap hari kita bekerja secara bepasukan  tidak kiralah di mana kita berada, sama ada di tempat kerja, rumah atau di mana sahaja  sepanjang perjalanan hidup kita ini.

Dalam buku  ' Mengurus Kerja berpasukan : Bagaimana Orang Sibuk Bekerja Dengan Orang Lain " karya Dato' Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof , memperkenalkan satu kaedah yang dikenali sebagai Kaedah KAK ( Kau + Aku = Kita ). Kaedah ini menekan aspek mengenali satu sama lain secara mendalam.

Konsepnya amat mudah , kita mengenali diri rakan kita, rakan kita pula mengenali diri kita dan kita mengenali diri rakan kita. Maka terhasillah satu kombinasi dan keselarasan iaitu sebuah pasukan. Semakin kita mengenali antara satu sama lain , semakin berkesan kerja berpasukan kita.

Memang tidak dapat kita nafikan apabila kita memerlukan sesuatu perkara, kita amat memerlukan perhubungan. Boleh dikatakan, tiada perkara di dunia ini yang tidak ada hubungan dengan orang lain. Paling asas pun, seseorang insan itu mempunyai hubungan dengan persekitarannya.

'Memahami antara sesama ahli' merupakan salah satu faktor utama bagi membentuk sebuah pasukan yang berkesan. Apabila semua ahli saling memahami setiap ahli kumpulan maka kita  akan bekerja dan dilihat sebagai 'kita', bukan lagi individu - individu yang berbeza.


Catatan Perkongsian Ilmu;
Jamilah Dullah







2 comments:

  1. assalamualaikum...selamat hari guru untuk semua guru di Sk Batu Payong Tawau...

    moga cikgu2semua dpt menjlnkan tanggungjawab mendidik anak bangsa menjadi seorang yang berguna satu hari nanti...

    ReplyDelete
  2. Satu perkongsian ilmu yang menarik cik Jamilah Dullah...teruskan usaha....semoga ikatan sebagai rakan sekerja dan sahabat di SKBP terus kukuh bagi menghasilkan satu pasukan kerja yang cemerlang...insya Allah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...