Murid Tahun 1 2012 |
GELOMBANG BUNYI DAN MANUSIA ~ Dr. Jaffry Hassan
Terapi Bunyi-Bunyian
■Bunyi dihasilkan daripada getaran.
■Sesuatu objek bergetar menyebabkan udara di sekelilingnya turut bergetar.
■Getaran udara menghasilkan gelombang bunyi.
■Bunyi adalah suatu komunikasi dalaman tubuh yang menghantar isyarat
senyap (niat) dalam gelombang yang paling telus di dalam air (darah)
Manusia sebenarnya mempunyi keupayaan menerima berbagai bentuk isyarat
dan seharusnyalah ia bijak menganalisa dan menapis unsur-unsur gelombang
yang boleh merbahayakan diri mereka(bunyi umpatan,fitnah,adu dhomba dan
sebagainya). Manusia yang sentiasa hening, tenang, tenteram dan damai
lebih terselamat dan terhindar daripada pencemaran pelbagai gelombang
bunyi yang merbahaya.
Kerohanian yang sihat ini dapat menukar
berbagai frekuensi gelombang yang merbahaya atau mengasingkan isyarat
elektrik yang melalui gelombang dan menukarkannya kepada gelombang
bunyi.
Sifat gelombang bunyi ini akan lebih kekal terperangkap
di dalam tanah kerana ia mempunyai kombinasi unsur atom yang sama.
Tulang tidak akan musnah di dalam tanah kerana ia mempunyai kombinasi
unsur atom yang sama. Tulang juga sebagai perakam segala maklumat
aktiviti kita di dunia dan akan dibentangkan semula di akhirat. Tulang
dalam rahsia bunyi juga akan menghasilkan kristal.
Sifat
gelombang bunyi inilah juga yang menguasai tenaga semula jadi tubuh
manusia. Tidak menghairankan jika seseorang yang mengalami penyakit
kerohanian telah dikuasai oleh gelombang elektrik yang secara tiba-tiba
mereka terdedah kepada unsur gelombang yang sepatutnya tidak boleh
didengar, dilihat atau dihidu. Tetapi gelombang pesakit istimewa ini
didapati sering diganggu dengan bau-bauan yang menyeramkan. Setiap kali
ia cuba mencari keheningan dalam ibadahnya, maka ketika itulah ia
mendengar berbagai bisikan yang menyuruh ia melanggar berbagai hukum
Pertimbangan Sunnah dan hukum kemanusiaan. Tidak menghairankan sehingga
ternampak sesuatu yang menakutkan.
Ada pendapat mengatakan
bahawa ini adalah anugerah istimewa kepada orang-orang yang terpilih
sahaja. Sebenarnya cas-cas elektrik terlalu banyak mengalami kebocoran
di dalam tubuh dan gelombang bunyi merosot secara mendadak. Individu
yang sakit atau terganggu seperti ini begitu sensitif sehingga mudah
merasakan seperti ada tenaga elektrik yang mengalir pada bahagian
tertentu di dalam tubuhnya. Berbagai kejutan dialaminya yang menganggu
sistem saraf di otak si pesakit. Tanpa gelombang bunyi sebagai unsur
yang dihasilkan oleh dan secara semula jadi sudah pasti dunia ini senyap
sunyi dan sepi. Sebaliknya telinga tetap diganggu dengan dentuman dan
hingar-bingar seperti tidak keruan.
Murid Tahun 4 ( Bilik KH) |
No comments:
Post a Comment