Kelas 6 Amanah |
Persiapan dan latihan yang panjang serta afektif melebarkan peluang untuk menang dan muncul menjadi seorang yang luar biasa hebat
Seorang pelajar memerlukan waktu beberapa bulan atau minggu untuk mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan. Peperiksaan yang dilalui mungkin hanya mengambil masa satu hingga dua jam sahaja, tetapi persiapan untuk itu memerlukan waktu yang sangat panjang dan melelahkan.Ada ketikanya membosankan dan menjemukan.
Persiapan menghadapi peperiksaan yang sukar sering kali melelahkan dan terasa menyusahkan. Tetapi kita perlu ingat semakin baik dan rapi persiapan yang kita lakukan , inyaAllah kita akan lebih banyak mendapat kemudahan sewaktu menjawab dalam peperiksaan.
" Allah yang mengeluarkan semua daripada perut ibu-ibu kamu dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa. Dan dikurniakan kamu pendengaran, pengelihatan dan akal supaya kamu bersyukur" ( Surat an-Nahl,ayat 78)
Tiada siapa dapat mencapai potensinya yang terbaik apabila kita tidak membuat persiapan yang rapi dan berlatih bersungguh-sungguh. Mengapa David Beckham dikatakan memiliki kaki kanan yang paling berbahaya di dunia? Mengapa Micheal Shumacher adalah legenda F1? Mengapa Datuk Nicole Anne David digeruni sebagai pemain skuasy terbaik dunia?Mengapa Maria Sharapova tergolong di kalangan lima pemain tenis terbaik dunia ? Adakah mereka dilahirkan ke dunia dengan tidak membuat apa-apa sepanjang hidup mereka?
Ketika di Manchester United, Sir Alex Ferguson mendedahkan yang setiap kali latihan, David Beckham adalah orang terakhir meninggalkan padang kerana berlatih melakukan tendangan percuma sekurang-kurangnya 70 hingga 100 kali sehari .
Maria Sharapova dalam satu temuramah program bicara Elen Degeneros, Maria membuat pengakuan yang beliau berlatih enam hari seminggu dan enam jam sehari. Malah dia mengakui, latihan dan persiapan yang dilalui sekian lama masih belum mencukupi.
Datuk Nicole Anne David pula dalam satu wawancara di sebuah akhbar harian, Utusan Malaysia , beliau menyatakan yang beliau berlatih tujuh hari seminggu dan sekurang-kurangnya lima jam sehari .
Apa yang mereka semua lakukan? Bukankah itu namanya persiapan dan latihan rapi. Hasilnya adalah diri mereka yang kita saksikan sekarang.Apa yang kita perlu tahu mengenai kuasa latihan dan persiapan adalah ia mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa.
Walaupun kita tahu persiapan dan latihan memerlukan waktu dan tenaga yang cukup besar malah boleh jadi amat melelahkan. Tetapi kepenatan dan kepayahan dalam mempersiapkan diri akan membuahkan kemudahan dan kemanisan di akhirnya nanti. Pepatah Melayu ada menyatakan;" Bersusah - susah dahulu , bersenang -senang kemudian".
Persiapan dan latihan seterusnya adalah berdoa kepadaNya kerana selangkah kita mendekati Allah, 1000 langkah Allah lebih dekat kapada kita.
Catatan Perkongsian Ilmu :
Jamilah Dullah
Jamilah Dullah
SYABAS,tulisan yang baik dan penuh bermakna untuk tatapan dan sumber ilmu pada rakan sejawat dan anak didik.Teruskan berkarya.
ReplyDelete